Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

GUANGZHOU, CHINA TRIP 2019

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua para pembaca blog saya yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah setelah enam bulan berlalu, baru kini saya sempat menulis semula di blog saya yang hampir bersawang ini. Bukan setakat tidak sempat menulis malah saya juga tidak sempat untuk membuka pun blog saya dalam tempoh tersebut. Komitmen bertugas di hospital dan menjadi isteri serta ibu kepada seorang anak kecil menuntut masa saya yang bukan sedikit.  Pada entry kali ini, saya akan bercerita pengalaman saya ke Guangzhou, China bersama suami, dan rakan-rakan perniagaannya. Kami ke sana kerana ingin belajar ilmu memborong daripada kawan suami yang mahir memborong di sana dan merupakan penulis buku berkaitan memborong di China. Kebetulan dia mahu melatih para pekerja barunya dengan ilmu memborong, maka kami mengambil kesempatan ini untuk turut belajar sedikit sebanyak dan ingin melihat peluang perniagaan apa yang ada di sana. Kami ke sana pada 2 Januari dan pulang ke Malaysi...