Assalamualaikum dan salam sejahtera semua para pembaca blog saya yang tidak seberapa ini. Alhamdulillah setelah enam bulan berlalu, baru kini saya sempat menulis semula di blog saya yang hampir bersawang ini. Bukan setakat tidak sempat menulis malah saya juga tidak sempat untuk membuka pun blog saya dalam tempoh tersebut. Komitmen bertugas di hospital dan menjadi isteri serta ibu kepada seorang anak kecil menuntut masa saya yang bukan sedikit.
Pada entry kali ini, saya akan bercerita pengalaman saya ke Guangzhou, China bersama suami, dan rakan-rakan perniagaannya. Kami ke sana kerana ingin belajar ilmu memborong daripada kawan suami yang mahir memborong di sana dan merupakan penulis buku berkaitan memborong di China. Kebetulan dia mahu melatih para pekerja barunya dengan ilmu memborong, maka kami mengambil kesempatan ini untuk turut belajar sedikit sebanyak dan ingin melihat peluang perniagaan apa yang ada di sana.
Kami ke sana pada 2 Januari dan pulang ke Malaysia pada 7 Januari 2019. Di sana kami tinggal di Clivia Hotel yang merupakan tempat tinggal biasa bagi kawan husband yang merupakan pakar borong tersebut. Hotel ini tidak jauh dari stesyen Metro yang terdekat iaitu Sun Yat-Sen Memorial Hall. Hotel ini juga membenarkan para penghuni hotel untuk meletakkan hasil borongan yang banyak di tempat yang disediakan di lobi hotel. Di sebelah hotel juga terdapat restoren yang menjual makanan halal dan jika berjalan terus lagi ke kiri hotel ke hadapan lagi maka akan berjumpa lagi restoren yang menghidangkan makanan halal Cina. Pendek kata hotel itu memang hotel kegemaran rakyat Malaysia. Rate satu malam kalau tak silap saya dalam RM180 untuk bilik berdua. Di sana, jejantas atau jambatannya disediakan laluan untuk kita menarik barang. Jadi kalau rasa nak beli banyak barang bolehlah bawa beg baju roda untuk memudahkan pergerakan anda.
Kalau anda merasakan untuk shopping banyak jenis barang dalam satu masa, sila lupakan hasrat itu kerana kawasan memborong di situ sangatlah besar dan setiap barang ada daerah/ kawasan masing-masing. Maksudnya kalau anda ingin memborong kain maka anda perlu ke daerah kain yang menempatkan semua jenis kain dan terdapat hampir 3000 kedai untuk kain sahaja. Kebanyakan mereka tidak meletakkan kain di kedai masing-masing cuma meletakkan sampel sahaja. Jika berkenan anda harus order dan datang ambil semula pada masa yang ditetapkan. Anda harus bertanya bila boleh dapat stok kain dan jika tidak sempat untuk ambil boleh minta mereka shipping ke Malaysia. Ada juga beberapa kedai terutamanya yang menjual kain sutera Cina mempunyai stok untuk dibeli on the spot. Kualiti kain adalah pelbagai gred..bak kata kawan suami saya, sutera cina pun ada sehingga 100 jenis gred berbeza. Penjual di sana tidak menipu tetapi kita yang mesti ambil tahu dan bertanya tentang jenis-jenis gred kain yang dijual. Saya turut membeli beberapa helai sutera Cina yang berbeza Gred kainnya. Yang paling premium saya beli berharga RM400 ++ untuk 4 meter dengan bidang 55. Kalau di Malaysia saya pasti harga kain itu bakalan mencecah RM800 atau RM1K ke atas. Harga yang ditawarkan di sana terutamanya lace sangatlah murah..contohnya jika di Bandung saya boleh dapat lace yang cantik dengan harga RM60 untuk 4 meter tapi di sana saya boleh dapat RM 25 untuk jenis yang sama. Kebanyakan kain disana diukur menggunakan ela/ yard dan bukannya meter. Pastikan kain yang dibeli di check dengan teliti supaya jumlah ela yang diberikan betul dan tidak terkoyak di mana-mana.
Rakyatnya tidak ramai yang boleh berbahasa Inggeris maka seeloknya anda install aplikasi wechat untuk memudahkan hubungan. Kalau yang boleh berbahasa Inggeris sedikit, jangan cakap bahasa Inggeris yang standard tetapi cakap bahasa Inggeris yang mudah-mudah dan simple agar mereka faham contohnya I want to buy many many sambil tunjuk tangan macam nak beli banyak...then sambung so u give me cheap cheap sambil buat simbol price down. Zhong Da merupakan tempat borong kain yang terkenal di sana. Kalau dari stesyen Sun Yat Sen Memorial Hall, anda harus menaiki metro Line 2 untuk ke Changgang dan seterusnya tukar ke line 8 dan turun di SunYat Sen University dan keluar ikut pintu D. Di kawasan Zhong Da ini terdapat kedai makanan halal yang agak tersorok di belakang. Nasib baik kawan suami tunjukkan tempat ini. Senang untuk kami makan lagi di situ. Bagi yang meminati kasut, scarf, baju dan barangan kulit dan ingin membeli untuk jumlah yang sedikit maka boleh ke Guangzhou Railway Station dan keluar ikut pintu F. Memang boleh naik juling mata tengok harga barangan kulit yang murah dijual di sini. Kasut macam Zapatos tu sebijik sejibun boleh dapat di sini. Di sini juga terdapat restoren makanan halal yang enak makanannya.
Bagi yang ingin membeli souvenir serta barang mainan kanak-kanak anda boleh turun di Station Haizhu Square (Line 2) atau Yide Lu (Line 6) dan berjalan di kawasan sekitar situ yang dipenuhi dengan kedai-kedai mainan. Anda juga boleh membeli souvenir di One Link International Plaza tetapi kena pandailah cari kedai yang jual cenderahati murah. Di kawasan ini juga terdapat beberapa restoren makanan halal yang terbaik di Guangzhou. Bagi penggemar barangan elektronik jangan lupa ke Nanfang Mansion Elctronic Center yang menjual pelbagai gajet terkini yang sangat canggih dan ada antaranya yang tiada dijual di Malaysia. Untuk ke sini kalau dari hotel Clivia anda boleh menaiki line 2 ke Haizhu Square dan tukar ke line 6 ke Xunfenggeng dan turun di Cultural Park dan keluar ikut exit A dan jalan ke kiri dan terus sahaja sampai jumpa bangunan ini di sebelah kanan. Untuk pakaian kanak-kanak anda boleh ke Zhongshanba Clothing dengan menaiki line 2 dan turun di Guangzhou Railway Station dan seterusnya tukar ke line 5 to Jiangkou dan turun di stesyen Zhongshanba.
Kami juga turut menaiki Cruise di waktu malam. Harga tiket saya tak ingat la pulak tapi rasanya boleh check kat Internet. Selain itu, kami turut ke Shamian Island dan Yuexie Park. Untuk ke Shamian Island kami menaiki line 2 dan turun di stesyen Haizhu Square dan menukar ke Line 6 to Xunfenggeng dan turun di Huangshu. Kami keluar ikut pintu F dan berjalan menaiki jambatan untuk ke Shamian Island. Kami membeli pas train untuk 3 hari berharga 50 yuan untuk bergerak ke mana-mana. Cuaca di bulan Januari sejuk juga jadi dinasihatkan membawa baju sejuk yang tidak terlalu tebal macam winter coat tu! Tiada salji di sini dan kesejukan di siang hari masih boleh ditampung dengan light jacket.
|
Yiuxie Park
|
|
Shamian Island
|
|
Shamian Island yang nyaman
|
|
Menemani suami membeli barang-barang elektronik
|
|
Di dalam bangunan ini saya jumpa beberapa kedai menjual Chinese Silk.
|
Adalah diingatkan Pemeriksaan Imigresen di sana amatlah ketat. Powerbank tidak boleh melebihi 10000mAH..Lebih daripada jumlah itu, maka powerbank itu akan dirampas. Semua powerbank mesti diletakkan ke dalam bag yang dibawa naik ke dalam cabin.
OK till next entry...nanti saya akan ceritakan pengalaman ke Korea pada musim spring yang lepas pula dengan membawa anak kecil saya. Bye!
sangat membantu... really lovs your blog ..
BalasPadam