Taiwan Trip With Toddler Part 3 - Taipei City Tour with Sightseeing Bus
Assalamualaikum semua.. Percutian hari ke empat kami diteruskan dengan tour sekitar bandar Taipei dengan menggunakan Sightseeing Bus Hop On Hop Off. Taipei merupakan bandar yang agak tenang berbanding Kuala Lumpur dan bangunan pencakar langitnya tidaklah banyak seperti Kuala Lumpur dan Singapura. Walaupun demikian, Taipei mempunyai Bangunan Taipei 101 yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia selama enam tahun sebelum gelaran itu dirampas oleh Burj Khalifa di Dubai pada tahun 2010. The Iconic Taipei 101 Atas bas sightseeing..bukan main lagi gaya diva kecik..hahaha... Perjalanan kami pada hari itu berjalan lancar kerana jalan sangat lengang pada hari Ahad. Mungkin ramai yang ke luar bandar untuk bercuti makanya hari Ahad merupakan hari yang tepat untuk mengelilingi bandar Taipei. Manakala untuk ke luar bandar ke tempat-tempat tarikan utama adalah dinasihatkan untuk pergi pada weekdays . Kami membeli tiket Bus Sightseeing dengan menggunakan aplika...