Catatan

SIRIH PULANG KE GAGANG

Imej
Assalamualaikum semua pembaca yang dirahmati Allah selalu.. Kali ini akak nak bercerita tentang arwah nenek akak yang meninggal dunia pada 6 May 2017 yang lalu pada usia 88 tahun. Pada mulanya akak telah mengambil tiket Flight MAS untuk pulang ke kampung bercuti pada 7 May hingga 12 May 2017. Masa akak ambil tiket flight tu memang niat akak nak balik menjenguk kampung halaman yang telah 10 bulan akak tidak jejakkan kaki itu. Walaupun akak jarang balik ke Kedah tapi boleh dikatakan setiap dua bulan sekali akak akan berjumpa mak bapa akak di rumah adik di Kajang. Actually akak ada rumah di Kajang Hillpark 2 yang akak jenguk setiap bulan untuk dibersihkan. Akak memang akan tidur di rumah akak kalau ke Kajang memandangkan rumah tu sudah fully renovated  dan dah ada meja makan baru, build in wardrobe, katil, dan dapur segala. Jarak rumah akak ke rumah adik akak tu sangatlah dekat dalam 1 KM jer kot or less ..akak tak sure tak pernah pulak akak check kat dalam waze. Berbali...

REVIEW HOTEL KATERINA, BATU PAHAT

Imej
Assalamualaikum para pembaca. Hari ni terasa nak review sikit hotel Katerina yang kami tinggal ketika balik kampung pada cuti labour Day yang lepas. Bukan sengaja tak mahu tinggal di rumah mak mertua tetapi masalah tilam kat rumah mak mertua saya yang dah uzur dan hanya rasa spring yang menyakitkan seluruh badan saya memandangkan saya mengalami masalah reversed cervical spine yang membuatkan tulan leher saya dan tulang belakang akan rasa sakit jika tidak menggunakan bantal dan tilam yang betul. Last time saya balik ke kampung badan saya habis sakit sampaikan saya demam dan menangis sepanjang perjalanan pulang kerana terseksa duduk lama dalam kereta dalam keadaan sakit badan dan demam. InsyaAllah suami akan membelikan tilam yang baru dalam masa terdekat ini untuk kegunaan bila bercuti balik raya nanti. Selain itu, kami juga menebus reward Agoda di mana suami hanya perlu menambah RM90 dan jumlah selebihnya menggunakan reward Agoda yang bernilai lebih kurang RM110. Kelebihan ...

HONG KONG - LAST DAY

Imej
Hari terakhir di HK, kami pergi ke Masjid Ammar untuk makan Chinese foods halal bagi meraikan birthday suami akak. Kami ke sana dengan menaiki tram dan bravo untuk suami akak kerana dia pandai mencari Islamic Canteen di Masjid Ammar yang agak tersorok itu. Ramai sangat orang di Islamic Canteen memandangkan hari itu adalah hari Jumaat. Harga makanan kat situ sangat reasonable dan makanannya boleh tahan sedap. Dim sum kena ambil sendiri cuma makanan yang dalam menu jer perlu dipesan seperti biasa. Akak suka gambar laki akak yang ni! Nampak berseri-seri walaupun dah kembali double chin 😘 Nampak tak muka akak excited nak makan 😝 Antara dimsum yang kami makan Selepas menjamu selera kami meneruskan perjalanan ke area  HK Central untuk bershopping menghabiskan saki baki duit yang ada. Akak membeli 2 helai baju di butik Marks & Spencer manakala husband akak membeli lagi perfume dan bapa akak juga membeli perfume untu...