Saja-saja membebel..

Hari ni aku dalam mood pink..dari tudung sampai baju, handbag semua pink except kasut jer warna merah. Kelakar bila baca berita pasal isteri bergusti dengan girlfriend suami...buat apalah memalukan kaum wanita dengan bergaduh di khalayak ramai macam tu..not worth it!! Kat hospital pulak tu..siap bertarik rambut..aduh, memalukan kaum wanita betullah!! Sukalah lelaki tu sebab jadi rebutan..boleh pulak dia jadi penonton jer, bukannya nak tolong leraikan..belum lagi berpoligami dah awal2 lagi fail..yang girlfriend tu pulak agaknya desperate sgt dah nak berlaki sebab tu main rembat jer laki org yang tak semenggah langsung, setakat pesara tentera umur 51 tahun pun dia nak.

Kaum wanita, wake up lah!! Kalau husband dah tak suka buat apa nak tunggu? Just walk away jer..buat apa nak seksakan diri sampai macam tu. Hidup sendiri tak bermakna tak bahagia asalkan kita tahu cara utk membahagiakan diri sendiri..seperti pergi melancong ker, buat kerja amal ker...hidup kita ni singkat jer utk diisi dengan perkara2 yang tak best..Kalau rasa tak boleh hidup tanpa lelaki then pasang badanlah..gi mengorat duda2 atau anak teruna yang masih ramai kat luar sana..hehe..apalah aku dok melalut ni. Jap lagi nak gi lunch lepas tu nak gi ambik baju yang aku hantar sulam. Baju tu nak pakai masa wedding my younger sister nanti..dah nak kawin adik aku yang sorang tu..hem..bolehkah adik aku yang manja dan lembik tu nak jadi bini orang ni? Hehe..InsyaAllah bolehlah harapannya dengan didikan dan bimbingan dari seorang suami nanti..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris