Johor Premium Outlet
2 minggu lepas saya mengajak mak, adik dan budak comel Izz Hadif ikut saya balik Johor. So, ambil kesempatan untuk bawa diaorg ke Johor Premium Outlet (JPO). Actually ini kali ketiga saya ke sana. Masa first time pergi hujung tahun lepas, JPO baru sangat dibuka dan masih byk outlet yang belum buka sepenuhnya. Masa first time pergi dulu saya beli winter coat untuk ke Jepun dan juga handbag Coach warna ungu yang saya selalu pakai. Harga barang kat sini agak murah memandangkan stok2 yang tak habis di KL (dah habis season) dihantar ke sini untuk dihabiskan. Konsepnya ditiru daripada outlet2 dari USA. My friend yang dah ker outlet di USA yang beritahu. Harga agak murah dan sentiasa ada less between 20 to 50%. Ada juga new arrival yang dijual tapi tak banyaklah.
Saya rasa, JPO telah byk membantu pertumbuhan ekonomi negeri Johor. Ada yang sanggup datang dari KL dan negeri-negeri lain semata-mata untuk membeli-belah di JPO. Tak lama lagi akan ada Legoland pulak kat JB. Baguslah, at least tourist akan singgah di Johor, tak macam dulu cuma menjadikan Johor laluan untuk ke Singapura atau dari Singapura nak ke Melaka or KL. Nasib baik my beloved hubby tak ikut sebab dia kerja, kalau tidak mahu dia geleng kepala tengok isteri tercinta dia beli handbag Coach lagi..yang ketiga dalam masa tak sampai setahun. Cuma satu yang hubby hadiah..yg tu beli kat New York. Kirim kat best friend dia yg berkursus di sana. Nak buat macam mana abg..isterimu ni mmg handbag lover..jangan marah ehh..nanti kena jual..hehe..
Izz Hadif dan umminya berposing depan JPO |
Hasil rembatan saya kali ini...handbag Coach warna hitam |
Ulasan
Catat Ulasan