Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Bali yang mendamaikan...

Imej
I love Bali..no doubt about it! Bali tempat yang cantik dan bersih berbeza dengan Bandung. Saya ke sana bersama suami serta kedua ibu bapa mertua. Kami ke sana pada 31 oktober hingga 3 Nov yg lepas. Di sana kami tinggal di Harris Hotel and Residence Sunset Road. Hoyel ni hotel baru dan bersih dan yang paling saya suka ialah design hotel ni yang modern. Saya tempah di Agoda dan harganya lebih murah bila tempah di Agoda. Hotel ini bertaraf 4 bintang. Kami menggunakan khidmat supir sepanjang berada di sana..nama supir kami ialah Pak Isme..khidmat yg diberikan amat baik dan saya merasakan beliau amat jujur orangnya. Kenderaan MPV yg diberikan juga amat selesa. Kat Hotel kami, Harris Hotel and Residence Sunset Road Memborong Tshirt di sini.. Kat Pantai Kuta Tengok pembuatan batik Indonesia tapi tak beli pun sebab mahal sangat Nusa 2 Beach Kami sempat melawat Kintamani gunung volcano yang cantik dan nyaman, Tanah Lot, Tegallang iaitu kawasan padi bukit, Ubud ar...

Lamanya tak update blog...

Imej
Lama sangat rasanya tak update blog..busy sangat rasanya sejak pindah ke tempat kerja baru ni..saya dah jadi warga hospital sekarang ni..melayan para doktor, jururawat, aduan yang pelbagai...saya rasa bersyukur dengan pengalaman baru yang saya rasa amat berguna di sepanjang karier saya. Teringat lagi pengalaman pertama melawat mortuari atau dalam bahasa ringkasnya rumah mayat..sampai dua tiga hari teringat2 dan terhidu2 bau-bauan yg kurang menyenangkan itu.. Kehidupan manusia berbeza-beza dan nasib pun tak sama..bukan semua orang bertuah dikurniakan kesihatan yang baik. Sihat itu adalah nikmat Allah, oleh itu bersyukurlah semasa anda masih dikurniakan nikmat itu. Duit yang banyak dan pangkat yang besar pun tak guna seandainya nikmat sihat itu sudah ditarik oleh Allah dari kita. Gambar kat atas ni ialah gambar ketika saya menyertai jualan gerai semasa Karnival HSI. Saya jual sabun beras dimana sambutan yang diterima amat menggalakkan walaupun sibuk dengan tugasan hakiki sa...