Lamanya tak update blog...

Lama sangat rasanya tak update blog..busy sangat rasanya sejak pindah ke tempat kerja baru ni..saya dah jadi warga hospital sekarang ni..melayan para doktor, jururawat, aduan yang pelbagai...saya rasa bersyukur dengan pengalaman baru yang saya rasa amat berguna di sepanjang karier saya. Teringat lagi pengalaman pertama melawat mortuari atau dalam bahasa ringkasnya rumah mayat..sampai dua tiga hari teringat2 dan terhidu2 bau-bauan yg kurang menyenangkan itu..



Kehidupan manusia berbeza-beza dan nasib pun tak sama..bukan semua orang bertuah dikurniakan kesihatan yang baik. Sihat itu adalah nikmat Allah, oleh itu bersyukurlah semasa anda masih dikurniakan nikmat itu. Duit yang banyak dan pangkat yang besar pun tak guna seandainya nikmat sihat itu sudah ditarik oleh Allah dari kita.

Gambar kat atas ni ialah gambar ketika saya menyertai jualan gerai semasa Karnival HSI. Saya jual sabun beras dimana sambutan yang diterima amat menggalakkan walaupun sibuk dengan tugasan hakiki saya sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan dan AJK program.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris