Bali yang mendamaikan...

I love Bali..no doubt about it! Bali tempat yang cantik dan bersih berbeza dengan Bandung. Saya ke sana bersama suami serta kedua ibu bapa mertua. Kami ke sana pada 31 oktober hingga 3 Nov yg lepas. Di sana kami tinggal di Harris Hotel and Residence Sunset Road. Hoyel ni hotel baru dan bersih dan yang paling saya suka ialah design hotel ni yang modern. Saya tempah di Agoda dan harganya lebih murah bila tempah di Agoda. Hotel ini bertaraf 4 bintang. Kami menggunakan khidmat supir sepanjang berada di sana..nama supir kami ialah Pak Isme..khidmat yg diberikan amat baik dan saya merasakan beliau amat jujur orangnya. Kenderaan MPV yg diberikan juga amat selesa.

Kat Hotel kami, Harris Hotel and Residence Sunset Road

Memborong Tshirt di sini..

Kat Pantai Kuta

Tengok pembuatan batik Indonesia tapi tak beli pun sebab mahal sangat



Nusa 2 Beach

Kami sempat melawat Kintamani gunung volcano yang cantik dan nyaman, Tanah Lot, Tegallang iaitu kawasan padi bukit, Ubud area, Uluwatu, menyaksikan Kecak Dance di Uluwatu semasa sunset, makan seafood kat tepi pantai di Jimbaran..oh ya! Kami beli seafood hidup di pasar Jimbaran tepi pantai tu dan upah org utk bakar..upahnya cuma RM6..dan kami dpt makan seafood yg segar pada harga yg amat murah. Saya juga suka dengan jagung bakar yg amat besar dan manis yg dijual di sana esp di kawasan masjid Nurul Huda.Kami juga sempat bermandi manda di Pantai Nusa Dua yg cantik dan sangat bersih.

Tegallalang

Kintamani


Kami bershopping di Krishna kerana pelbagai barang boleh didapati di situ termasuklah lukisan dengan harga yg amat murah. Saya byk membeli minyak spa dan sabun spa serta lulur yg amat murah harganya..tidak ketinggalan membeli tshirt dgn jumlah yg amat byk utk ahli keluarga, sahabat handai dan saudara

Singgah tempat jual lukisan

Tanah Lot






Ibu bapa mertuaku siap minta bergambar dengan wanita tempatan :-)
Uluwatu

Tempat kami menghabiskan sampai berjuta-juta rupiah..hehe..

Puas rasa hati apabila melihat raut wajah ibu dan bapa mertua yg gembira..rasa berbaloi membawa mereka ke sana dan menunaikan impian bapa mertua yang dah lama bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke Indonesia tanah asal leluhurnya.


Tempat makan best kat Kintamani


Tengok pertunjukan kecak dance

Menonton Kecak Dance
Uluwatu

Jagung bakar sedap giler kat depan masjid Nurul Huda


Nusa Dua Beach
Memorial untuk pengeboman 2002

Kami beli ikan kat sini..area Jimbaran
Kami tempah masak ikan bakar kat sini..upah murah jer!

Jimbaran



Tempat kami berspa..

Tempat membeli cenderahati..murah kat kedai ni..area Pasar Seni

Yang hujung tu Pak Isme, driver kami yang baik dan jujur

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris