Precious Moments with Family Part two: Tanjung Piai
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Kali ini saya nak bercerita mengenai lawatan saya bersama suami dan family abang saya ke Tanjung Piai yang merupakan penghujung benua Asia. Saya pernah dua kali ke Tanjung Piai sebelum ini bersama suami..bukan buat apa pun tapi setakat lepak-lepak menghayati keindahan hutan paya bakau dan juga ambil angin laut yang sepoi-sepoi bahasa bertiup dari selat Melaka. Abang saya teringin nak pergi ke Tanjung Piai, so masa hari terakhir dia kat JB sebelum pulang keesokan harinya saya pun membawa mereka semua ke sana. Perjalanan dari rumah saya ke Tanjung Piai mengambil masa hampir dua jam juga dengan jarak lebih kurang hampir 170KM pergi dan balik. Tiket berharga RM5 seorang (dewasa) dan harga tiket kanak-kanak saya tak ingat pula..hehe..tiket terakhir dijual pada pukul 6 petang.. Sepanjang laluan paya bakau itu, kami menyaksikan pelbagai jenis fauna yang kami tak kenal sebelum ini. Kakak ip...