Precious Moments with Family Part two: Tanjung Piai


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Kali ini saya nak bercerita mengenai lawatan saya bersama suami dan family abang saya ke Tanjung Piai yang merupakan penghujung benua Asia. Saya pernah dua kali ke Tanjung Piai sebelum ini bersama suami..bukan buat apa pun tapi setakat lepak-lepak menghayati keindahan hutan paya bakau dan juga ambil angin laut yang sepoi-sepoi bahasa bertiup dari selat Melaka. Abang saya teringin nak pergi ke Tanjung Piai, so masa hari terakhir dia kat JB sebelum pulang keesokan harinya saya pun membawa mereka semua ke sana. Perjalanan dari rumah saya ke Tanjung Piai mengambil masa hampir dua jam juga dengan jarak lebih kurang hampir 170KM pergi dan balik. Tiket berharga RM5 seorang (dewasa) dan harga tiket kanak-kanak saya tak ingat pula..hehe..tiket terakhir dijual pada pukul 6 petang..

Sepanjang laluan paya bakau itu, kami menyaksikan pelbagai jenis fauna yang kami tak kenal sebelum ini. Kakak ipar saya amat tertarik dengan siput sedut yang banyak kelihatan di sepanjang perjalanan..dia kata kalau boleh kutip kan ke best boleh masak lemak cili api..saya cakap tak boleh sebab tempat tu kan namanya Taman Negara dan dilindungi undang-undang..nanti tak pasal2 semua muka comel ni kena masuk lokap...hehehe...

Tapi masa kami pergi mungkin disebabkan angin kuat sebelum itu ada bumbung pejalan kaki ke jeti telah tercabut. Di kawasan ini banyak kera..so, jangan bawa sebarang makanan masuk kecuali air mineral. Tapi kalau anda dapat sembunyikan elok-elok makanan dalam beg bertutup mungkin selamat dari jadi mangsa kecurian oleh kera-kera tersebut...hehehe..

Yang tengah tu muka masam mencuka..panas dan penat berjalan katanya...hahaha..
Berpayung dalam hutan..kat sini ada macam-macam binatang termasuklah siput, ular dan lain-lain lagi.
Penghujung benua Asia
Excited kakak iparku jumpa siput sedut yang banyak
Bumbung pun dah tercabut..angin monsun yang kuat melanda agaknya..
Tempat wajib bergambar
Bersungguh-sungguh tunjuk siput sedut yang banyak kat atas pasir

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris