Precious Moments with Family in Johor Bahru Part One : Legoland, Puteri Harbour & Nasi Goreng Daun Pisang
Pada cuti sekolah kali ini, abang saya dari Kedah bersama kakak ipar dan anak-anak buah saya seramai tiga orang tu datang bercuti di Johor Bahru. Memang rasa happy sangat sebab dah lama tak jumpa mereka dimana kali terakhir saya jumpa ketika hari raya puasa yang lepas. Lagipun kali terakhir mereka datang ke rumah saya ialah pada tahun 2009..uhh..lamanya! Pada hari pertama mereka sampai saya membawa mereka ke Puteri Harbour, Nusajaya..malangnya banyak kedai dah tutup dan hampir tutup apabila kami sampai sekitar hampir pukul 7 malam..yang penting sempat pergi ke Kedai DC Comics..saya sempat grab 2 helai T-shirt Batman kat situ..see..makcik diaorg yang lebih-lebih.
Kat dalam kedai Superhero DC Comics kat Puteri Harbour, Nusajaya |
Selepas itu, kami ke Restoren Singgah Selalu untuk makan dan juga mengambil peluang bergambar di hadapan Istana Bukit Serene yang ada replika mahkota besar. Cantik juga replika tu bila waktu malam..bercahaya dan bergemerlapan gitu!!
Dah macam kat depan Istana Buckingham |
Keesokan harinya kami ke Legoland tanpa suamiku yang bekerja di hari Jumaat..cuti kami tak sama. Sejak Johor implement cuti Jumaat Sabtu, susah juga mengatur jadual cuti. Hubby saya tak banyak cuti dan kebanyakan syarikat swasta dan kilang di Johor tak ikut arahan kerajaan negeri untuk bercuti Jumaat dan Sabtu. Apa nak buat..banyaklah saya yang terpaksa sacrifice cuti dengan alasan kakitangan kerajaan banyak cuti katanya....
Kami membayar RM690 untuk tiket lima orang dewasa dan seorang kanak-kanak untuk theme park Legoland sahaja. RM120 untuk dewasa dan RM90 untuk kanak-kanak jika tunjukkan mycard dan mykid. Kalau untuk tiket theme park + waterpark harga tiketnya RM150 untuk dewasa. Tapi sekiranya tempah 7 hari secara online akan dapat lebih lagi potongan untuk harga tiket..boleh check dalam websitenya. Saya membayar separuh daripada jumlah itu sebab dah janji nak belanja dua org anak buah yang baru tamat SPM dan PT3. Yang SPM tu saya dah janji nak bawa pi Disneyland Hong Kong kalau dapat straight A dalam SPM...dia dapat straight A untuk UPSR dan PMR..ada harapan juga janji ini perlu ditunaikan..hehe..Saya ingatkan Legoland sebesar Disneyland Japan yang mana saya tak dapat main banyak permainan dalam sehari sebab tempat tu terlalu besar dan banyak permainan. Tapi jangkaan saya meleset. legoland Malaysia tak sebesar mana..untung juga kami pergi hari Jumaat sebab orang tak ramai dan kami dapat main semua game..pukul 3 dah selesai main semua game siap ulang-ulang lagi especially anak-anak buah saya yang gila naik roller coaster tu..kita menjerit macam nak mati diaorg kat dalam gambar yang pihak Legoland snap tu siap buat sign peace lagi sambil tersenyum dan anak buah yg paling kecik tu buat muka tak de perasaan..hehe..berbeza ngan bapak diaorang iaitu abang saya yang penakut nak mampus...hehe..banyak game tak nak naik padahal tak tinggi mana dan tak menakutkan langsung. Dah habis pukul 3 tu kami ulang lagi main game yang best-best dan kali ini abang saya ada sikit berani untuk main sesetengah game. Paling kami suka ialah wayang 4D nya..2 kali kami tengok..nasib baik ceritanya berbeza.
Percaya tak kalau saya katakan yang ini kali pertama saya ke Legoland padahal dekat sangat dengan rumah saya. Alasan tak nak pergi pada mula-mula tempat ini dibuka ialah menunggu pokok besar dahulu...saya ni memang tak suka berpanas sebab akan banyak minum dan cepat letih..berbeza masa pergi Disneyland..main banyak game pun tak penat sebab cuaca sejuk..best giler cuaca macam tu. Harga makanan kat dalam Legoland ni sangatlah mahal..burger bodoh pun (burger kosong without cheese, air dan fun fries) dah berharga RM15. Air mineral RM3 sebotol kecil..kami menghabiskan duit banyak untuk beli air. Pesanan saya agar banyak bawa air dan bawa baju spare sebab ada game yang akan kena air dan basah. Ada juga dryer kat dalam tu tapi kena bayar RM10. Tapi disebabkan cuaca panas maka baju kami yang kebasahan kering macam tu saja..hehe..ada juga pengunjung yang saya nampak seludup makanan..lepas pula. Kalau berani buatlah sebab staff kat pintu masuk tu tak ada pun check bag masa kami masuk. Pukul lima lebih semua dah pakat letih..makanya semua setuju untuk pulang ke rumah.
Kami kebasahan.. |
Menonton wayang 4D..dua kali tengok..best!! |
Ulasan
Catat Ulasan