Cerita raya, MH17 dan cerita next vacation

Rasanya sudah lama sangat tak menulis blog. Kesibukan harian ditambah pelbagai peristiwa yang berlaku seperti peristiwa MH17 ditembak jatuh dan kesakitan tulang tengkok saya membuatkan mood saya untuk menulis tiada. Sambutan raya kali ini juga disambut ala kadar dengan keadaan negara yang masih terkejut dengan peristiwa MH17 pada masa itu. Walaupun tetap pulang ke Kedah dan memakai pakaian sedondon bewarna orange dengan suami pada tahun ini sebenarnya mood keriangan seperti tahun-tahun sebelum ini bagaikan tiada. Tetapi Alhamdulillah pada hari raya tahun ini saya banyak belajar erti menghargai saudara-mara yang masih ada. Saya melawat beberapa orang saudara yang tengah sakit iaitu tok saya, tok saudara dan mak mertua abang saya. Sedih juga hati apabila tok saya dimasukkan ke kedah Medical Center pada hari raya kedua. Dia sudah kelihatan uzur sangat dan saya tak pasti kalau dia masih dapat cam saya. Jarak yang jauh membataskan pertemuan kami.
Selain itu, saya juga berjumpa dengan sepupu-sepupu yang dah lama tak jumpa. Ada yang hampir dua tahun tak bersua muka. Terkejut saya apabila melihat wajah seorang sepupu saya yang berusia 39 tahun dan beranak lapan yang sangat kurus dan cengkung. Saya bertanya adakah dia sakit tapi dia menjawab yang dia tak sakit apa-apa. Tapi penurunan berat badannya yang melampau agak menggusarkan saya kerana itu salah satu petanda penyakit berat. Saya cuba memastikan lagi kesahihan bahawa sepupu saya itu tidak sakit dengan mak saya tapi mak saya cakap tak tahu pulak tapi dia kata macam tak pernah dengar berita yang sepupu saya tu sakit. Tapi pada 18 Ogos jam 11.30 malam, saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak saya yang memberitahu sepupu saya itu telah kembali ke sisi Allah akibat penyakit tibi. Beliau meninggal hanya setelah tiga hari dimasukkan ke hospital. Terkedu saya dibuatnya. Semua orang terkejut mulanya tapi redha dengan ketentuan Illahi. Mati itu pasti dan tidak akan dilambatkan atau dicepatkan barang seminit pun.


Mood saya hari ni masih lagi sedih apatah lagi setelah melihat gambar-gambar kanak-kanak yang kehilangan bapa dan ibu pada usia sebegitu muda. Airmata saya mengalir apabila melihat anak Ketua Pramugari MH17 Mastura Mustaffa menangis-nangis di sisi keranda ibunya..ohhh..betapa powernya sekeping gambar yang bisa menceritakan segala-galanya. Akibat peristiwa MH17 juga rencana saya untuk ke Holland dan beberapa negara Europe bagaikan terhenti seketika. Hati terasa masih terkesan untuk ke Holland. Bukan takut tapi mungkin masih terkesan dengan kejadian MH17 dan mood sedih itu masih berbekas di hati. Tengoklah macam mana nanti.. kami berdua ni bukannya boleh dijangka. Kadang-kadang tak plan pun tapi tetiba beli tiket flight tanpa berfikir panjang. Tapi siap cakap kat hubby mesti beli seat sebab nak duduk sebelah-menyebelah manalah tahu nasib tak baik kapalterbang nak terhempas ada masa tiga minit nak minta ampun antara satu sama lain (nauzubillahhiminzalik! Minta-minta tiada kapalterbang jatuh lagi lepas ini).


My hubby tetiba ajak pergi bercuti..katanya kaki dia dah gatal sangat nak pergi berjalan. Mulanya ingat nak ke Hong Kong tapi bila tengok harga bilik hotel yang sangat mahal maka dibatalkan niat ke sana. Nak pergi Lombok pun tak jadi sebab harga tiket melampau mahal padahal naik dari JB jer dah seribu lebih dua orang. Nak pergi Koh Samui pun masih takut dengan keadaan bergolak di Thailand. Entah macam mana terbeli tiket ke Perth, Australia pada bulan Oktober nanti...hehe..nengok kangaroo lagilah jawabnya..tapi kali rasa nak tengok Penguin pulak sebab masa kat Melbourne hari tu tak sempat tengok. Kami akan tidur di rumah kawan hubby yang ada buka restoren di sana tapi akan tidur hotel juga untuk satu malam sebab akan drive ke Cervantes yang terletak lebih 200KM dari bandar Perth. Konsep bercuti kali ini berseronok sambil berjimat kaedahnya! hehe..tunggu nanti saya cerita pasal Perth di next entry. Kat bawah ni ada gambar-gambar raya saya dan keluarga untuk raya 2014 ni :-)


mood manja di hari raya kat depan rumah mak
Sepupu saya yang lelaki ni kahwin pada hari raya ke empat. Yang tudung coklat tu (ke ungu?!) sepupu saya yang tengah belajar di Indonesia..bakal doktor InsyaAllah!
With mak, kakak ipar dan anak-anak buah
Raya ke enam di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat
Bapa saya bersama sepupu saya dan anak buah saya yang tersayang Izz Hadif.
Yang ini Izz Hanif adik Izz Hadif
With my lovely nephew nak pi beraya :-)
My mum dan my auntie kat rumah mak mertua my cousin yang bersanding di sebelah wanita pada raya ke tiga.
Kami kat kenduri kahwin
With my cousin yang tinggal dengan kami masa umur dia 3-5 tahun sebab mak cik ambik diploma masa tu

Ulasan

  1. Salam perkenalan. Suka tengok cerita travelling awak. Jemput singgah blog saya http://alamwellness.blogspot.com

    BalasPadam
  2. InsyaAllah saya akan lawat blog awak..terima kasih kerana sudi baca blog saya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris