Holiday in Perth Part 5 (last day)
Kami mengunjungi pasar pagi di Canningvalle dengan salah seorang chef di Insan's cafe iaitu Syaiful yang mengajak kami melihat pasar pagi di sana. Kami bertolak seawal pukul 6.30 pagi dan pasar itu cuma mengambil masa selama 10 minit untuk sampai. Nak masuk ke pasar pagi ini kena bayar sebanyak AUD1 seorang. Banyak juga barangan yang dijual di sini dengan harga yang lebih murah terutamanya T-shirt hanya dijual AUD5 tanpa mengira saiz. Selain itu, kami turut membeli buah epal 3 biji dengan harga cuma AUD1..sedap sangat epalnya sangat crunchy dan juicy tak sama macam yang kita makan kat Malaysia..sama macam rasa epal kat New Zealand...sedap dan manis sangat. Saya juga turut membeli buah strwaberry sekotak yang cuma berharga AUD2. Kami juga terjumpa gerai orang Malaysia pasangan dari Kelantan yang menjual sate, nasi beriani, nasi kerabu dan nasi lemak. Apa lagi kami pun terus membeli nasi kerabu dan nasi lemak ayam goreng dan makan di meja yang disediakan tak jauh dari gerai tersebut...