Holiday in Perth - Day 3 (The Pinnacles Desert, Lancelin, Scarborough Beach, Sorrento Quay, Kings Park)

Perjalanan hari ke tiga diteruskan dengan melawat sekitar pekan cowboy Cervantes tu dan pantai di area tersebut. Seterusnya kami meneruskan kembara kami ke Pinnacles Desert. Kami sampai seawal pukul 8 pagi. Kat main gate tu staf pun tak sampai kerja lagi..hehe..tapi kat depan tu ada macam kotak dan boleh masukkan duit dalam tu. Kalau kat Malaysia buat macam tu harus semua buat tak reti jer nak membayarnya. Tapi disebabkan kami jujur (chewahhh!) maka kami masukkan AUD10 dalam sampul surat tu dan masukkan dalam box. Sepatutnya kena bayar AUD12 per car (up to 12 person) tapi kami tak ada duit kecik..jenuh korek ada AUD10 jer. Nak minta tukar dengan orang lain pun tak boleh sebab tak ada orang lain kat situ. Kira ok lah tu kami bayar jugakan? Hehe...

Beach kat Cervantes

Cervantes

The Pinnacles Desert Entrance

Amazing view!




Museum at Pinnacles Desert


Kat dalam ni tak boleh ambik gambar tapi kami ambik sebab tak tahu..last2 kena tegur dengan staf kat dalam tu..

Desert ni memang cantik. Kagum sangat dengan kuasa yang Maha Esa. Boleh masuk bawa kereta sebab kawasannya luas dan kami berhenti kat spot-spot menarik untuk ambik gambar. Ada juga yang berjalan kaki tapi kami yang gebusss ini tak kuasa nak berjalan bagai..huhu!! Nasib baik bawa tripod dapatlah juga ambik gambar berdua dengan pelbagai aksi kat situ. Selepas puas bergambar kami ke Museum keciknya dan juga Information Counter untuk beli souvenir. Kami sampai ngam2 baru buka..nasib baik!

Dah puas kat dalam tu kami meneruskan perjalanan ke Lancelin untuk bermain sand surfing. Kami sewa sandboard tu kat satu kedai yang harga sewaannya paling murah iaitu AUD10 untuk dua jam. Gambar kedai tu ada kat bawah ni. Tapi sebelum menyewa tu kami pergi melantak dulu Fish and chips serta seafood basket kat area town tu..kecik jer townnya tapi besar sikit dari Cervantes. Selepas selesai melantak apalagi teruskan perjalanan untuk main pasir..ramai juga terjumpa orang Malaysia kat sana. Mula-mula rasa tak mahu main tapi bila dah try sekali seronok pula..kat area Lancelin ni pun ada pantai yang cantik dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
Kedai sewa sand board

Lancelin Beach



Seafood basket yang besar gedabak..

Me and hubby..

Lancelin



Selepas puas bermain kat situ kami meneruskan perjalanan balik ke bandar Perth dan seterusnya ke Scarborough Beach, Sorrento Quay dan Hillary Boat Harbour (sebelah menyebelah jer dua tempat ni) dan Kings Park.Lewat petang tu kami ke Insan's Cafe dan melantak nasi goreng ayam dan nasi campur..giler rindukan makanan berperisa rempah ratus selain Fish and Chips saja..


Sorrento Quay

Hillary Boat Harbour

Sorrento Quay

Scarborough Beach
Kings Park Botanic Garden






Cantik-cantik bunga kat sini
Malam tu kami ke pasar malam atau night market mat Salleh..meriah betul dengan persembahan pentas dan makanan dari seluruh dunia. Tapi sebab dah kenyang melantak kat Insan's cafe maka kami tak lah makan lagi. Malam tu kedai semua tutup pukul 9 malam sebab hari Jumaat. nantikan sambungan di  part 4!




Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris