Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2014

Precious Moments with Family Part two: Tanjung Piai

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Kali ini saya nak bercerita mengenai lawatan saya bersama suami dan family abang saya ke Tanjung Piai yang merupakan penghujung benua Asia. Saya pernah dua kali ke Tanjung Piai sebelum ini bersama suami..bukan buat apa pun tapi setakat lepak-lepak menghayati keindahan hutan paya bakau dan juga ambil angin laut yang sepoi-sepoi bahasa bertiup dari selat Melaka. Abang saya teringin nak pergi ke Tanjung Piai, so masa hari terakhir dia kat JB sebelum pulang keesokan harinya saya pun membawa mereka semua ke sana. Perjalanan dari rumah saya ke Tanjung Piai mengambil masa hampir dua jam juga dengan jarak lebih kurang hampir 170KM pergi dan balik. Tiket berharga RM5 seorang (dewasa) dan harga tiket kanak-kanak saya tak ingat pula..hehe..tiket terakhir dijual pada pukul 6 petang.. Sepanjang laluan paya bakau itu, kami menyaksikan pelbagai jenis fauna yang kami tak kenal sebelum ini. Kakak ip...

Precious Moments with Family in Johor Bahru Part One : Legoland, Puteri Harbour & Nasi Goreng Daun Pisang

Imej
Pada cuti sekolah kali ini, abang saya dari Kedah bersama kakak ipar dan anak-anak buah saya seramai tiga orang tu datang bercuti di Johor Bahru. Memang rasa happy sangat sebab dah lama tak jumpa mereka dimana kali terakhir saya jumpa ketika hari raya puasa yang lepas. Lagipun kali terakhir mereka datang ke rumah saya ialah pada tahun 2009..uhh..lamanya! Pada hari pertama mereka sampai saya membawa mereka ke Puteri Harbour, Nusajaya..malangnya banyak kedai dah tutup dan hampir tutup apabila kami sampai sekitar hampir pukul 7 malam..yang penting sempat pergi ke Kedai DC Comics..saya sempat grab 2 helai T-shirt Batman kat situ..see..makcik diaorg yang lebih-lebih.   Puteri Harbour Kat dalam kedai Superhero DC Comics kat Puteri Harbour, Nusajaya Grab T-shirt sale untukku dan hubby Selepas itu, kami ke Restoren Singgah Selalu untuk makan dan juga mengambil peluang bergambar di hadapan Istana Bukit Serene yang ada replika mahkota besar. Cantik juga replika tu...