Europe Tour - England (Road Trip Day 2) - Bibury, The Costwolds, Gloucester, Cheltenham

Road trip hari kedua kami di England diteruskan dengan mengunjungi the Swan Hotel, Bibury Trout Farm dan Arlington Row di dalam daerah Bibury dan seterusnya mengunjungi Bourton-on-water dan Model Village yang terletak di dalam daerah Costwolds dan akhir sekali kami ke Gloucester Quay yang terletak dalam daerah Gloucester. 


Depan the Swan Hotel

Berdepan dengan Bibury Trout Farm



Perjalanan dari The Stonehouse Travelodge ke the Swan Hotel sejauh 31.7 batu (miles)  mengambil masa kira-kira 40 minit. Pemandangan di the Swan Hotel sangat cantik. Hotel lama itu sangat unik dan sangat menggambarkan senibina English tradisional. Berdepan dengan hotel ini terletak Bibury Trout Farm yang sangat cantik dan dijaga rapi. Parking di area ini adalah percuma dan kalau rajin boleh berjalan ke kampung di situ untuk tengok suasana perkampungan Inggeris. Untuk masuk ke Bibury Trout Farm bayaran dikenakan sebanyak 3.95 pound seorang. Kami juga membeli makanan ikan untuk diberi pada ikan tapi nampaknya itik yang lebih-lebih menyambar semua makanan tersebut..hehe...



Dalam Bibury Trout Farm


Farm yang sangat cantik




Bunyi air yang mengalir tenang dan sangat jernih di sungai berdekatan amat menenangkan..Bibury Trout Farm juga mempunyai cafe untuk pelancong merasai keenakan ikan trout yang dimasak pelbagai cara. Kami turut memesan hidangan ikan trout yang dimasak dengan tiga cara berlainan. Ini antara makanan terenak yang saya pernah rasa di sepanjang hidup saya. Saya juga turut makan ice-cream home made dari dairy farm local yang rasanya cukup enak dan dikatakan ice-cream terbaik dunia itu.


Merasa Ice cream tersedap di dunia katanya...
Trio of Trout..sedap sangat!




 

Kami turut mengunjungi Arlington Row yang berdekatan dengan Bibury Trout Farm dan the SWan Hotel..Perkampungan Inggeris lama yang dipulihkan semula ini amat cantik dan perlu disinggahi setiap pelancong. Masih ada penduduk di Arlington Row tersebut. 


Sebelah sana dah nampak Arlington Row



Arlington Row

Depan Arlington Row



Selepas itu kami mengunjungi Bourton-On-Water yang terletak dalam daerah Costwolds. Tempat ini dikatakan sebagai Venice of the Costwolds. Pekan kecil ini amat cantik dan ada sungai yang mengalir di antaranya. Banyak juga kedai souvenir dan cafe-cafe kecil untuk pelancong dan orang tempatan duduk minum sambil menikmati keindahan alam sekitar. Parking free di area ini tapi dihadkan kepada dua jam sahaja.


Antara rumah unik yang dijumpai di sepanjang jalan.


Pekan Burton-On-Water, parking percuma tapi cuma untuk dua jam sahaja.





Venice of the Costwolds..


Pekan Burton-On-Water, daerah Costwolds






Tidak lupa kami juga mengunjungi the Model Village yang terletak berdekatan. Boleh jalan kaki saja ke sini dari Bourton-on-Water kerana parking kat sini kena bayar. Ratenya saya lupa mungkin sekitar 1 pound lebih untuk satu jam. Nak masuk sini kena bayar 3.60 pound seorang. Model Village ini merupakan model-model (replika) bangunan yang ada di Costwolds (macam Legoland dan Madurodam). Model Village ini dibina pada tahun 1930 an dan dipelihara sampai kini. Tempatnya kecil sahaja dan cukup kalau nak melawat untuk tempoh setengah jam sahaja.

Model Village..dekat jer dengan Pekan Burton-On-Water





Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Gloucester Quay yang terletak kira-kira 29 miles (batu) dari Bourton-On-Water. Dalam perjalanan ada polis menghalang perjalanan..katanya ada sesuatu yang block jalan di hadapan. Kami menunggu hampir 15 minit baru dibenarkan meneruskan perjalanan. Bagus polis kat sini..efficient..dia jaga sampai jalan clear baru kami dibenarkan meneruskan perjalanan. Gloucester ni rupa-rupanya akan menjadi antara tempat perlawanan Rugby Piala Dunia diadakan...persiapan tengah rancak dijalankan kerana Piala Dunia akan bermula lagi dua tiga hari. Kat sini kami tershopping kerana butik GAP dan butik Calvin Klein tengah buat sale gila-gila. Hubby beli sehelai jeans Calvin KLein yang cuma berharga 29 pound dan T-shirt Calvin KLein yang cuma berharga 13 pound dan saya membeli T-shirt tangan panjang GAP yang cuma berharga 6 pound...giler la harganya murah betul! Baju kat AEON Malaysia lagi mahal.



Gloucester Quay




Muka kegembiraan dapat shopping :-)

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Cheltenham Travelodge dan disebabkan kelaparan kami mencari makanan halal di sekitar sini (TQ waze!) Kami makan di restoren Go Peri yang terletak di High Street..ayam grill ala nandos ini amat lazat dan bagi kami rasanya lebih lazat daripada Nandos..kami makan dengan nasi dan peri chips. Kami balik ke hotel dengan hati girang kerana perut sudah kenyang. Hotel ini sangat besar berbanding the Stonehouse Travelodge dan disebabkan tengah bandar kami kena bayar parking berjumlah 6 pound untuk semalaman. Biliknya hampir sama dengan The Stonehouse cuma tak ada bathtub..hotel ini juga dilengkapi dengan lif dan boleh pinjam iron daripada receptionist hotel. Harga bilik ini ialah 45 pound semasa kami book...harga hotel rangkaian travelodge ini berbeza mengikut bulan dan season.


Go Peri yang sangat sedap kat Cheltenham

Cheltenham Travelodge

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris