Europe Trip - England (Road Trip Day 3) - Chester & Manchester

Assalamualaikum semua pembaca..


Lama-lama sekali baru dapat update blog...en. hubby asyik tanya bila nak update blog...memang la nak update tapi mak aihhh punya la busy lately..tahap nak lunch pun tak sempat apatah lagi nak update blog. Kat rumah pun tak sempat...hujung minggu buat kerja rumah macam maid dari pagi sampai ke petang..time tu la nak mop lantai, nak basuh lantai luar rumah, nak cantas pokok, berkebun, lipat kain bertimbun dan panjang lagi list..tinggal hari Sabtu jer quality time ngan hubby..nak gi melantak kat luar, tengok wayang atau habiskan duit kat shopping complex :-).


Ok, panjang pulak melalut ni...nak sambung cerita road trip ke UK hari tu...hari ketiga road trip kami bertolak dari Cheltenham Travelodge seawal pukul 8.30 pagi tapi terpaksa melencong mencari stesyen minyak dulu nak refuel tangki minyak sebab harga minyak kat highway dan kawasan kampung agak mahal berbanding tengah bandar. Selepas isi minyak kami meneruskan perjalanan ke Chester untuk bershopping di  Cheshire Oaks Designer Outlet yang besarnya tiga kali ganda dari JPO...ini merupakan outlet terbesar di UK dan pilihannya lebih pelbagai berbanding Bicester Village dari jenama yang agak murah hingga jenama mahal. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam juga dari Cheltenham. Parking di sini juga banyak dan percuma. Husband sempat sambar Tshirt Polo Ralph Lauren yang cuma berharga 39 pound manakala saya sempat menyambar sebuah handbag lamb skin Michael Kors yang berharga RM1400 ++..tapi bila dapat balik tax VAT saya nanti harga handbag tu cuma RM1100 ++..saya yakin kat JPO tak akan dapat harga semurah itu. Harga losyen Marks and Spencer cuma satu pound sebotol...murah giler...saya beli beberapa botol beserta perfume untuk semua ahli keluarga dan sehelai baju yang cantik jenama ini.

 





Saya beli handbag ni..hehe...selepas keliru beberapa lama tak tahu nak pilih yang mana satu..kalau duit banyak boleh angkut satu kedai ;-P


Gembira orang tu dapat baju Polo Ralph Lauren


Happy hubby :-)


Happy me :-)


Setelah penat berbelanja, kami bercadang untuk ke Anfield Stadium malangnya waze kami tak dapat on kerana signal internet hp hilang...beberapa kali saya cuba swich off dan switch on balik malangnya tak ada signal pulak padahal sebelum itu ok sahaja..perkhidmatan Lebara agak teruk terutamanya di kawasan luar bandar..saya suggest pakailah line telefon lain yang lebih menyeluruh liputannya. lama juga kami buang masa kat situ lastly dapat idea untuk guna wifi McD berdekatan...hubby saya cuba daftar wifi banyak kali tapi tak berjaya..akhirnya saya juga kena buat baru berjaya..manalah nak berjaya kalau dok masukkan address dan postcode kat Malaysia..saya letak postcode hotel kat Manchester baru berjaya. Alhamdulillah dapatlah kami meneruskan perjalanan tapi disebabkan masa dah lari lebih setengah jam kami ambil keputusan untuk tidak singgah di Anfield Stadium dan meneruskan perjalanan ke Old Trafford Stadium, Manchester yang mengambil masa tak sampai sejam dari Chester.


Nasib kami agak baik kerana stadium tour yang terakhir pada hari tersebut belum bermula dan kami sempat membeli tiket...ada hikmahnya kami tak jadi pergi ke Liverpool. Hubby berfikir-fikir nak masuk atau tak memandangkan harga tiket 18 pound seorang..saya cakap kat dia masuk jer lah tak payah nak fikir panjang..bukan hari-hari dapat ke sini pun..peluang keemasan macam ni mana boleh ditolak macam tu jer..karang balik Malaysia menyesal tak sudah! Apa lagi happy lah cik abang saya dapat masuk..dan dan tu cakap I love u ayang! Isteri terbaiklah! Memahamilah! hehe...gelak saja saya dengar...comel betul husband saya masa tu..gembira sangat ler tu dapat masuk stadium pasukan kegemaran dia! Saya setia menjadi jurugambar dia sepanjang tour tu walaupun boringnya hanya Allah yang tahu! Menguap tu tak payah ceritalah...tour guide tu pandai jugak buat lawak...walaupun begitu bagi buta bolasepak macam saya ni haruslah tetap rasa boring...saya cuma excited nak ambik gambar sebelah baju dan gambar David Beckham..dah itu jer yang saya kenal selain Rooney...yang lain tu nama pelik bebenor..Mata, Martial, Blind! Omaigod! For God sake itu nama orang ker?!!

 

 




Nama pelik-pelik kan pemain MU ni!



Suka hubbyku dapat masuk stadium favourite team dia



Pakcik tu sibuk dok bercerita lakiku sibuk nak bergambar :-)


Hehe...yang ini aku kenal :-) sebab handsome kot!




 

Setelah selesai stadium tour, kami diberi sijil..amboi..terasa macam grad pulak hari tu..grad sekolah bola sepak MU..hehe...Sempat juga membeli sedikit cenderamata dan bergambar sepuas hati di depan stadium. Hubby cakap dia nak datang lagi lepas ni tapi dia nak tengok match pula...OK! Simpan duit dari sekarang..dan jangan datang time ringgit menjunam! Seterusnya kami menuju ke Arndale Shopping Centre..ingat nak makan malangnya kedai makanan halal kat food court di situ tutup awal...belum pukul 7 petang dah tutup...dah la parking mahal..kecewa bebenor rasanya. Perut dan berkeriuk minta diisi. Ada salesgirl Muslim bantu kami bagi nama restoren2 Muslim yang lain di sekitar kawasan shopping complex tersebut malangnya semuanya tutup juga. Aihhh..kecewa lagi! Lepas itu kami menapak lagi mencari Hard Rock Cafe..dah selesai beli baju kami kembali ke Arndale untuk ke car park malangnya kami sesat lagi mencari car park yang rupanya berada di wing lain..ayoyo...dugaan betul hari itu!

 

Dapat sijil okeh!! Ko mampoo?!!!



HRC Manchester..tulisan Manchester pun tak de..apadaaa!!


Manchester Central Arena Travelodge..harga 37 pound semalam + wifi. Harga berbeza-beza mengikut hari dan musim

Dengan bantuan google kami pergi ke salah satu restoren Nando's halal yang ada di Manchester...orang ramai sangat tapi nasib baik parking free..apa lagi makan dengan sesungguh hati tak pandang kiri kanan dah! Selesai makan kami menuju ke Manchester Central Arena Travelodge. Hotel ini agak besar  tetapi parkingnya bersebelahan hotel dan perlu dibayar 4 pound untuk tempoh semalaman. Bagi saya Manchester adalah bandar yang biasa-biasa saja..tiada apa yang menarik kecuali Old Trafford. Kalau tak kerana husband peminat MU rasanya tak singgah pun ok saja.

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris