EUROPE TRIP 2018 - LUCERNE, WEGGIS, MT RIGI & ENGELBERG, SWITZERLAND

Assalamualaikum semua pembaca blog saya sekalian.


Dalam entry kali ini saya ingin menceritakan pengalaman kami ke Lucerne / Luzern, Weggis dan Mount Rigi pula. In my humble opinion, Lucerne is one of the best city to visit in Switzerland. Bandar ini sungguh nyaman, tenang dan cantik pada pandangan mata saya dan suami. Perjalanan kami dari Salzburg ke Zurich dan seterusnya ke Lucerne mengambil masa lebih kurang 6 jam dengan menaiki train. Pemandangan sungguh cantik di sepanjang perjalanan dari Salzburg ke Lucerne. Kami lalu di celah-celah gunung di Banjaran Alps yang sangat indah. 


Train ni ada tempat letak bag besar..tips kalau naik train yang tak ada tempat letak bag ialah cari gerabak yang ada gambar basikal..ha..senang nak letak bag atau cari gerabak tempat letak barang-barang


Train ini ada tempat untuk kanak-kanak duduk tengok cerita kartun



Pemandangan cantik sepanjang perjalanan dari Austria ke Lucerne




Rezeki kami tak ramai orang hari tu dan train selesa dan ada wifi


Siap beli makanan dalam train..ada waitress datang ambik order..croissant di sana sedap sangat..lembut!

Lake Zurich..kami kena melalui Zurich balik untuk ke Lucerne/ Luzern


Di Lucerne kami tidur di Aparthotel Adler yang berada di shopping district area. Kami berjalan kaki kira-kira 10 minit untuk sampai ke hotel ini dari Lucerne Central Station. Penat jer jalan bawa beg naik tangga yang agak tinggi rupa-rupanya ada jalan lain dari arah depan jambatan jalan raya yang rata. Nasib baik ada uncle Swiss yang baik hati tolong angkatkan bag saya. Hotel kami berdekatan dengan chappel bridge dan tower clock. Cuaca di bandar Luzern lebih sejuk berbanding Zurich, Munich dan Salzburg. Ada juga kami jumpa kedai menjual makanan halal di Central Station berdekatan dengan butik baju H&M..sempat juga saya shopping baju sehelai dua di situ..hehehe...Kalau tak silap nama tempat tu Little Istanbul..bukan restoren tapi food court. Boleh beli makanan di situ dan makan di kerusi-kerusi yang disediakan di kawasan sekitar. Harga sekeping kebab yang besar ialah CHF11.50 berbanding 5 Euro kalau di Munich. CHF11.50 bersamaan lebih kurang hampir RM50 duit Malaysia.






Sampai je kat Lucerne HBF, kami cari makanan halal dulu...lapar sebab 6 jam perjalanan baru sampai


Baru sampai..nak jalan kaki ke hotel

Hotel kami...sangat selesa..kat bawah hotel semua kawasan shopping








Kami memasuki dua buah muzium di bandar Lucerne kerana sebagai pemegang Swiss Travel Pass kami boleh memasuki kesemua muzium tanpa sebarang bayaran tambahan. Sebenarnya banyak lagi muzium yang terdapat di bandar Lucerne ni tapi kami hanya masuk ke dua buah muzium sahaja. Kami berjalan sehingga ke lion monument dan juga berhenti makan waffle ice cream di Amorino. Kedainya kecik sahaja tapi waffle kat dalam tu sangat sedap. Kami repeat lagi ke Amorino keesokan harinya kerana teringat-ingat dengan kesedapan waffle ice cream di situ. Kami tidak membeli banyak barang di Lucern. Cukup sekadar fridge magnet dan juga t-shirt Swiss untuk kami berdua. Bandar Lucerne amat mudah diterokai dengan berjalan kaki. Jalannya mudah difahami dan pengguna jalanrayanya sangat bertimbang rasa. Pemandangan tasik yang cantik juga membuatkan kami leka berjalan sambil menikmati pemandangan indah.



















Waffle sedap di Amorino



Keesokan harinya setelah meronda Bandar Lucerne lagi sekali, kami menaiki feri untuk ke Weggis. Actually, jarak antara Lucerne dan Weggis tu tak jauh mana pun. Kalau tak silap saya naik feri dalam 40 minit sahaja. Oh ya! Kmai naik feri tu percuma sahaja sebab ada Swiss Travel Pass. Actually, bila difikirkan balik tidak perlu pun kami tidur di Weggis kerana kami boleh ulang alik secara percuma pun ke Lucerne kerana kami sudah beli Swiss Travel Pass. Buat penat angkut bag sahaja ke sana ke mari. Itu antara mistake yang kami dah buat..sebab kami hanya beli pass ni seminggu sebelum datang manakala kami menempah hotel seawal bulan Januari dan Februari lagi. So, bila dah sampai ke Swiss baru kami tahu apa silap yang kami sudah buat dalam trip kali ini. Tak pe, lesson learnt untuk trip akan datang. Jadual feri ada dilekatkan di sekitar jeti untuk rujukan para penumpang dan ferinya tiba tepat seperti dalam jadual..senang hati betul saya dengan sikap menepati masa rakyat Swiss. Ferry terminal ni berhadapan dengan Lucerne Main Station (Lucerne HBF)..semua lokasi adalah berdekatan antara satu sama lain dan mudah dengan berjalan kaki sahaja untuk ke mana-mana di sekitar bandar.





Tak dapat beli, dapat bergambar depan butik pun jadilah...hehehe..



Lion monument






Pasar pagi yang tidaklah murah harganya 😢





Masuk muzium



Dalam feri ke Weggis






Dah sampai ke Wenggis..berjalan ke hotel..naik bukit sikit..aduii..penat!





Di Weggis, kami tidur di Wanderlust Guesthouse yang katanya baru lagi dibuka. Di Guesthouse ini terdapat dapur yang boleh digunakan bersama. Bilik kami di Wenggis ni juga tidaklah terlalu besar tetapi bilik air tetap besar macam biasa. Memang orang Swiss suka bilik air besar rasanya. Pemilik Guesthouse ini adalah dua orang gadis muda yang sangat membantu dan mencadangkan kami ke Mount Rigi kerana katanya percuma untuk tahun ini bagi pemegang Swiss Travel Pass. Kalau tidak, kena bayar CHF55 juga untuk naik ke Gunung Rigi ini tanpa Travel Pass. Bandar Weggis ni kecil dan sunyi tapi sangat nyaman dan tenang. Lebih tenang dari bandar Lucerne. Kami berjalan-jalan di sekitar pekan ini yang dipenuhi bunga-bunga cantik (untungnya pergi time spring). Keesokan harinya kami berjalan menuju ke Luftseilbahn Weggis-Rigi-Kaltbad (station cable car) untuk ke Rigi Kaltbad dan seterusnya menaiki train dari Kaltbad menuju ke Rigi Kulm. Kami berjalan kaki sekitar 25 minit untuk sampai ke station tersebut dari hotel kami. Sebenarnya tidaklah jauh mana tapi bila kita mencari-cari arah yang betul memang akan mengambil sedikit masa. Kalau jalan betul-betul rasanya dalam 15 minit boleh sampai ke situ. Tetapi kalau dari jeti jaraknya lebih dekat berbanding dari hotel kami..mungkin ambil masa sekitar 10 minit sahaja untuk berjalan kaki.





Pekan Weggis


Our guesthouse




Bilik kami yang comel!











I love flowers!!


Tenang melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT


Lalang pun cantik!






Nasib kami agak malang pada hari tersebut kerana kabus sangat tebal sehinggakan jarak penglihatan kami menjadi sangat terhad. Tiada apa pun yang dapat dilihat walaupun sudah sampai ke atas. Kami hanya duduk dan menikmati coffee latte dan makan-makan sebelum turun  semula ke Weggis. Nasib baiklah percuma, kalau tidak mahu menangis mengenangkan CHF55 yang telah hangus begitu sahaja. Pemandangan dari atas Gunung Rigi sangat cantik sekiranya cuaca terang dan tiada kabus. Tapi apakan daya, tiada rezeki kami nampaknya. Hanya berharap dan berdoa agar cuaca cerah di Gunung Titlis keesokan harinya. 








Sampai sini kena naik train pula untuk ke spot paling atas iaitu ke Rigi Kulm
















Petang itu, kami bergerak ke Engelberg yang cuma mengambil masa sekitar satu jam untuk sampai menggunakan train. Kami check in ke Hotel Garni-Hosstatt yang berada di kawasan kampung dan pergunungan. Actually, kalau tidur di Lucerne pun ok sebenarnya..boleh buat day trip je menggunakan Swiss Travel Pass. Tetapi kalau nak rasa pengalaman tinggal di kawasan kampung yang menenangkan dan sangat cantik ini amatlah berbaloi rasanya. Bilik kami pun sangat cantik dan selesa. Petang itu kami cuma berjalan-jalan di sekitar pekan kecil Engelberg dan bergambar membelakangkan Mount Titlis yang cantik itu.







Hotel kami di Engelberg


Bilik ala-ala desa



Buka pintu bilik nampak pemandangan cantik macam ni!






Nak tahu ada berapa unit rumah dalam satu rumah kena tengok jumlah tong pos di setiap rumah.





Tulip di sekeliling rumah












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris