EUROPE TRIP 2018 - ROME, ITALY
Assalamualaikum pembaca semua.. Kali ini saya akan bercerita mengenai tempat terakhir dalam lawatan kami ke Eropah pada tahun 2018 ini iaitu Rome. Tahun 2018 bakal berakhir maka saya rasa catatat pengembaraan saya ke Eropah perlu diselesaikan kerana selepas ini saya akan perlu bercerita mengenai pengembaraan kami ke China pula. Kami akan ke Guangzhou pada 2 Januari sehingga 8 Januari 2019 ini. InsyaAllah untuk belajar ilmu memborong daripada sahabat baik suami saya yang merupakan pakar serta penulis buku berkaitan memborong di China tapi kami akan lebihkan dua hari lawatan untuk berjalan-jalan di sekitar tempat menarik di sana. Kalau tiada aral kami merancang untuk ke Beijing dan Shanghai pula pada bulan April nanti sebab dah buat visa double entry . Colosseum yang menakjubkan! Kembali ke topik penceritaan, kami menikmati keindahan bandar Rome selama tiga hari dua malam. Bagi penggemar sejarah macam saya ini Rome adalah bandar yang menarik untuk diterokai. Saya su...