EUROPE TRIP 2018 - ROME, ITALY
Assalamualaikum pembaca semua..
Kali ini saya akan bercerita mengenai tempat terakhir dalam lawatan kami ke Eropah pada tahun 2018 ini iaitu Rome. Tahun 2018 bakal berakhir maka saya rasa catatat pengembaraan saya ke Eropah perlu diselesaikan kerana selepas ini saya akan perlu bercerita mengenai pengembaraan kami ke China pula. Kami akan ke Guangzhou pada 2 Januari sehingga 8 Januari 2019 ini. InsyaAllah untuk belajar ilmu memborong daripada sahabat baik suami saya yang merupakan pakar serta penulis buku berkaitan memborong di China tapi kami akan lebihkan dua hari lawatan untuk berjalan-jalan di sekitar tempat menarik di sana. Kalau tiada aral kami merancang untuk ke Beijing dan Shanghai pula pada bulan April nanti sebab dah buat visa double entry.
Colosseum yang menakjubkan! |
Kembali ke topik penceritaan, kami menikmati keindahan bandar Rome selama tiga hari dua malam. Bagi penggemar sejarah macam saya ini Rome adalah bandar yang menarik untuk diterokai. Saya suka menyaksikan hasil tinggalan sejarah yang maha hebat di bandar ini seperti Colosseum, Roman Forum, St. Peter's Basilica, Palatine Hill, Capitoline Hill, Trevi Fountain dan pelbagai lagi tempat menarik. Kami menginap di Hotel Marcantonio yang terletak di tingkat lima sebuah bangunan yang turut menempatkan hotel-hotel yang lain. Hotel ni berdekatan sahaja dari Rome Termini Train Station..lebih kurang 200 meter sahaja tetapi kami tidak berjaya mencari hotel ini pada mulanya berikutan signage yang terlalu kecil. Setelah penat mencari maka kami terpaksa menelefon hotel dan barulah berjaya mencari hotel ini. Hotel ini hanya mempunyai satu lif sahaja yang kelihatan agak tua dan hanya boleh memuatkan dua orang dalam satu masa...itu pun kalau ada dua beg besar seorang lagi kena keluar..hahaha... Masa nak balik tu jenuh jugalah menunggu kerana berebut dengan pengunjung hotel lain di tingkat bawah yang juga baru selesai check out. Walaupun begitu, bilik kami agak selesa dengan breakfast dihantar ke bilik. Setelah selesai check in kami ditanya menu breakfast yang ingin dipilih dan makanan dihantar ke bilik mengikut masa yang kita tetapkan di antara pukul 7.30 pagi sehingga 9.30 pagi...wah..romantik jugalah breakfast in bed giteww!! Kedudukan hotel juga sangat strategik dan mudah untuk bergerak kemana-mana malah boleh juga berjalan kaki untuk ke Colloseum dan beberapa tempat menarik yang lain. Kami juga menaiki bas Hop On Hop Off di area Rome Termini Station ini. Makanan halal sangat mudah didapati di sekitar Rome Termini Station. Harga pun murah sahaja..kalau nasi beriani sepinggan penuh dengan lauk baru sekitar Euro 6 sahaja..spagetti dan pizza pun dalam lingkungan harga Euro 5 ke 6 sahaja.
Palatine Hill dan Roman Forum dari jauh |
Piazza Venezia |
Capitoline Hill |
Roman Forum |
Beriani pula |
HRC tengah bandar Rome |
Vatican City |
HRC Vatican City |
Pada hari pertama kami berjalan ke semua tarikan utama dengan menaiki bas HOHO. Saya menyukai Rome kerana saya adalah penggemar sejarah. Rasa puas hati dapat menyaksikan sejarah peradaban manusia dari zaman dahulukala. Colosseum adalah antara senibina manusia purba yang sangat hebat. Menyaksikan di hadapan mata amatlah menakjubkan dan terbayang filem Gladiators walaupun saya tak pernah menonton filem ini sepenuhnya (tengok separuh jer walaupun HBO tayang banyak kali). Palatine Hill dan Roman Forum yang terletak berdekatan juga sangatlah cantik peninggalan senibinanya. Kami menempah tiket untuk masuk ke Colosseum, Palatine Hill dan Roman Forum di Website Coop Culture dengan harga Euro 14 seorang. Tetapi macam drama jugaklah masa nak masuk ke Colloseum ni. Beratur tidaklah panjang mana pun tetapi barisan tak bergerak-gerak. Saya rasa itu adalah taktik mereka untuk melakukan jualan fast line ticket. Setelah beratur hampir dua jam barulah kami dapat masuk ke Colosseum. Masa nak masuk ke Colloseum setiap orang perlu melalui mesin pengimbas sama macam di airport. Maybe bimbang sekiranya ada yang bawa masuk bom dan sebagainya. Dua jam beratur berbaloi kerana Colosseum terlalu gah untuk dinikmati. Cuma masa di dalam area Palatine Hill cari pintu keluar punyalah susah sebab pintu keluarnya jauh tersorok dan tiada signage menunjukkan arah exit.
Colosseum, Roman Forum dan Palatine Hill sebelah menyebelah |
Palatine Hill |
Palatine Hill |
Inside Colosseum |
Trevi Fountain pula dipenuhi dengan manusia..padat sangat dengan manusia yang mahu bergambar dan obsess dengan fountain tu padahal saya rasa biasa biasa sahaja fountain itu! Banyaknya syiling yang dilemparkan di dalam kolam sehingga mencecah Euro 3000 sehari dan kemudiannya diambil dan didermakan kepada rumah-rumah kebajikan. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk ke Hard Rock Cafe untuk membeli t-shirt dan souvenirs lain. Terdapat dua HRC di Rome. Satu lagi terletak berhampiran Vatican City dimana butiknya lebih luas dan banyak pilihan. Kami hanya bergambar di luar museum / church Vatican City kerana tidak berminat untuk beratur panjang untuk melihat patung-patung di dalam museum tersebut.
Trevi fountain yang dipenuhi dengan manusia..macam semut, nak mencelah pun susah..hemm |
wahh.. rome yg ohsem.. :p
BalasPadam