EUROPE TRIP 2018 - FLORENCE & VENICE, ITALY

Assalamualaikum W.B.T/ salam sejahtera kepada semua yang sudi singgah di blog saya ini.



Penceritaan pengembaraan saya dan suami kali ini adalah berkaitan lawatan day trip kami ke Florence serta lawatan dua hari satu malam kami ke Venice pula. Kami ke Venice dahulu sebelum ke Florence dan seterusnya ke Rome. Venice lebih memikat hati saya berbanding Milan namun kurang daripada apa yang saya gambarkan sebelum sampai ke sana...but yeah Venice tetap ada tarikan tersendiri. Menyesal pulak singgah tidur satu malam sahaja di bandar ini. Kami tiba dari Milan setelah melalui perjalanan selama dua jam setengah. Stesyen train di Venice agak besar dan dipenuhi dengan tourists. Setelah sampai kami berjalan ke hotel dengan menaiki jambatan kaca. Padahal di hadapan Stesyen train ada stesyen waterbus yang boleh bawa kami ke hotel. 



Stesyen Waterbus kat depan Venice Santa Lucia Train Station


Naik jambatan kaca untuk ke Hotel



Kami menikmati makan tengah hari di sebuah restoren makanan halal berdekatan dengan sebuah statue..saya tidak dapat mengingati nama restoren tu kerana tiada tanda nama restoren dilekatkan di luar restoren. Tapi saya ada letakkan gambar restoren itu di bawah. Makanan di sini sangat sedap dan dimasak selepas dipesan. Spagettinya kelihatan simple tetapi rasanya sangatlah marvellous 😋 ! Pada sebelah petang kami takeaway pizza di Quanto Basta. Tetapi sila berhati-hati kerana bukan semua pizza yang dijual adalah halal. Kena bertanya dahulu yang mana satu pizza yang halal barulah order. Saiz pizzanya macam biasalah sangatlah besar dan tidak habis kami berdua makan. 




Restoren kami lunch


Statue yang berdekatan dengan restoren kami lunch



Sedap sangat spagettinya 😋






Kami menginap di Hotel Casa Sant' Andrea yang terletak 500 meter dari Venice Santa Lucia Train Station. Biliknya besar disertakan dengan wifi dan juga breakfast. Breakfast di sini sangatlah simple sama macam di tempat lain di Eropah. Yang penting dapat minum juice, croissant yang sangat saya sukai serta pelbagai jenis roti yang lain. Sebagai penggemar roti-roti Eropah yang sangat sedap, saya rasa saya boleh hidup walaupun dengan hanya memakan roti di sepanjang pengembaraan. Hotel ini dilengkapi dengan lif walaupun lifnya sangatlah perlahan dan perlu ditekan butangnya sehingga sampai ke level yang dikehendaki dan berdindingkan dinding hotel sahaja...creepy jugaklah..hahaha..Kami membeli tiket waterbus (ACTV) dengan harga 20 Euro per person untuk kegunaan selama 24 jam. Bolehlah nak naik dan turun berapa kali pun..hehe..Jadual perjalanan agak mudah difahami dan dilekatkan di setiap stesyen waterbus. Yang penting faham route, InsyaAllah tidak akan sesat. Mana-mana waterbus boleh dinaiki sekiranya melalui kawasan yang hendak dituju. 




Naik waterbus ACTV



Laluan waterbus di setiap stesyen..setiap stesyen ada diletakkan info ini..sila rujuk tempat yang hendak dituju, kalau tak ada dalam laluan tu maknanya tak lalu situ..






Selepas makan cari HRC



Stesyen Gondola depan HRC...banyak tempat stesyen Gondola..kat Rialto pun ada




Selepas selesai lunch, kami berjalan mencari Hard Rock Cafe..sebenarnya tak adalah susah mana tetapi sebab pertama kali so laluannya banyak yang mengelirukan kami..kena tanya dua orang jugalah barulah kami berjaya sampai ke HRC. Terdapat dua HRC di Venice..satu berdekatan dengan area Rialto Bridge dan satu lagi di Barcno Orseolo di area San Marco.  Kos untuk menaiki gondola ialah 80 Euro untuk satu gondola selama setengah jam. Memang mahal sekiranya naik berdua sahaja tetapi akan jadi murah jika berkongsi beramai-ramai. Maka untuk membolehkan kami menaiki gondola dengan harga yang lebih murah, maka suami berjaya mengajak satu couple dari Rusia untuk menaiki gondola bersama-sama dengan kami. Rugi juga kalau datang jauh-jauh tapi tidak merasa naik gondola. Kami juga ke butik Hard Rock Cafe untuk membeli T-shirt dan barangan lain untuk dibawa balik sebagai kenang-kenangan. Banyak juga kami memborong di sini dan saya turut membeli T-shirt untuk anak dara saya yang ketika itu baru berusia 3 bulan lebih..Kasihan, kecik-kecik dah kena tinggal dengan mama papa selama 20 hari...maafkan mama dengan papa ye anak! Terasa bersalah juga tapi apakan daya semuanya telah diatur lebih awal sebelum si comel ini hadir dalam hidup kami berdua. 




Banyak betul burung kat situ!


Saint Mark's Basilica






Piazza San Marco



Hem..gambar berdua...lain suruh ambil lain yang hasilnya...bolehlah daripada tak ada






Bridge of Sighs


Sibuk je skodeng kami pakcik gondola kat belakang ni!



Nak comolot malu, kita kiss pipi jer la 😍


Couple segondola dari Rusia..






Harga T-shirt dan cenderahati agak murah dan berkualiti di Venice. T-shirtnya lebih tebal dan berkualiti dengan harga serendah 6 Euro sehelai. Kami membeli dari orang Bangladesh Muslim yang berniaga dekat dengan Rialto Bridge. Harganya makin murah diberikan apabila kami membeli dalam kuantiti yang agak banyak malahan penjual itu sangatlah ramah...katanya ramai saudara dia yang bekerja di Malaysia. Berbanding di Rome kualiti T-shirt di Venice lebih baik pada harga yang sangat berpatutan. Setelah pulang ke hotel, kami tidak segera tidur kerana suami sibuk membaca berkaitan keputusan PRU 14 di Internet. Berdebar-debar juga perasaan hendak tahu keputusan PRU. Tapi kami yakin rakyat Malaysia berhak memilih dan telah memilih dengan menggunakan pertimbangan akal masing-masing. Sebagai kakitangan awam saya sentiasa bersedia untuk berkhidmat dengan Government of The Day! Lainlah encik suami yang berbusiness..setiap polisi yang berubah akan memberikan impak juga kepada business dia. 










Belakang tu Rialto Bridge yang popular





Gerai yang kami shopping..berdekatan Rialto Bridge



Beli pizza di Quanto Basta..berdekatan dengan stesyen Train Santa Lucia





Keesokan harinya, kami menaiki train di sebelah pagi untuk ke Florence. Di Florence kami menyimpan beg kami di tempat penyimpanan luggage di stesyen train Firenza Santa Maria Novella. Di sini tiada sistem penyimpanan luggage secara self check in dengan menggunakan syiling tapi sebaliknya perlu dilakukan melalui kaunter (luggage storage) dan disimpan dalam bilik penyimpanan yang besar. Kosnya adalah mengikut jumlah beg yang disimpan dengan jumlah 5 Euro untuk satu beg. Kami menyimpan empat beg dengan bayaran 20 Euro. Tarikan utama Florence berada di sekitar kawasan stesyen train ini dan boleh berjalan kaki sahaja untuk ke tempat-tempat menarik sekitar kawasan ini. Ada kawan saya beritahu bahawa Florence syurga untuk membeli-belah tetapi  outlet tersebut bukan terletak betul-betul di CBD area tapi sebaliknya perlu menaiki bas atau memandu sendiri selama 30 minit. Dengar katanya juga lebih berbaloi shopping di sini dari tempat lain. Bagi yang berminat bolehlah google dan buat perancangan rapi untuk ke outlet ini.




Train Italo yang sangat comfortable






HRC

 


Coffee Time with Tiramisu..yummy!












Sibuk bagi duit lepas tu sibuk nak bergambar 😆














Florence bandar yang biasa-biasa sahaja bagi saya. Kami tidak ke menara Pisa kerana tidak berminat sangat pergi sejauh itu cuma untuk menyaksikan sebuah menara condong. Mungkin kami boleh ke Teluk Intan untuk melihat menara condong di sana nanti 😂 Kami singgah enam jam di sini walhal kami dapat menyelesaikan hampir semua tempat menarik dalam hanya 2 jam. Bagi menghabiskan masa kami duduk dan menyaksikan penghibur jalanan membuat persembahan. Rasa bersyukur sangat kami tidak menginap di bandar ini kerana tiada apa yang menarik untuk menghiburkan hati kami di sini. Tarikan utamanya kebanyakannya ialah cathedral. Makanan halal agak mudah didapati malahan ada kebab di jual di gerai-gerai tepi jalan. Di bandar Florence juga banyak terdapat butik-butik berjenama terkenal sama seperti di Milan. Kami hanya membeli fridge magnet sahaja di Florence dan juga ke butik HRC untuk membeli baju dan cenderahati lain. Saya turut membeli scarf HRC di sini sebab jarang terjumpa scarf di jual di butik HRC yang lain. Kami juga sempat menikmati kopi dan dessert di sebuah restoren di sini. Kami bergerak ke Rome pada sekitar 7 malam dan perjalanan kami ke Rome mengambil masa selama lebih kurang sejam setengah sahaja. 
















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris