Catatan

TAIWAN TRIP 2019 WITH TODDLER - DAY 1 & 2 YANGMINGSHAN NATIONAL PARK, TAMSUI CITY & NATIONAL PALACE MUSEUM

Imej
Assalamualaikum semua pembaca. Kali ini saya ingin mencoretkan pengalaman ke Taiwan pula bersama suami dan diva kecik saya (my daughter). Saya tidak pernah menyangka bahawa saya akan jatuh cinta dengan Taiwan sebuah negara pulau yang mempunyai keindahan semulajadi dan tempat asal bermulanya bubble (bobba) tea yang sedap. Pada mulanya suami saya agak skeptikal kenapa saya memilih Taiwan untuk dilawati. Tetapi bila sudah sampai di sana nampaknya dia gembira dengan negara pilihan saya. Perancangan asal kami mahu ke UK dan Scotland tetapi memandangkan kami ingin membawa cik diva kecik bersama, maka suami menyarankan kami ke negara Asia yang mana tidak terlalu lama kami perlu berada di dalam flight. Kami bertolak ke Taipei pada 7 November dan pulang ke tanahair pada 12 November 2019 dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines.  Malam sebelum kami berangkat ke Taipei tiba-tiba sahaja badan diva kecik panas. Saya rasa dia berjangkit demam selsema dari papanya yang juga baru...