Mornington Peninsula, Frankston, Port Napean, Sorento dan St. Kilda
Sepanjang 26 Ogos sehingga 30 Ogos saya sibuk berkursus di Mount Eliza. Kelas saya bermula seawal 8.30 pagi sehingga 5.00 petang dan bersambung dengan syndicate meeting sampai 6.30 petang. Kat sini pukul 5.30 dah start gelap. Pukul 6 dah gelap macam pukul 8 malam. Mount Eliza Executive Education ini terletak di tepi laut. Pemandangannya sangat cantik dan cuaca ketika itu agak sejuk tapi tak terlalu sejuk..saya agak dalam 15 - 18 darjah celcius..Bestnya kalau dapat buat master kat sini sebab pemandangannya yang sangat owesome itu. Classmate saya terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yg kerja sebagai manager di Wolkswagen Australia, penjawat awam di Canberra, pegawai di universiti, engineer dan sebagainya. Gambar di atas ni semua area tempat saya berkursus kat Mount Eliza Sepanjang saya berkursus, encik suami apa lagi..berjalan ke tempat-tempat menarik dengan sepuas-puasnya. Sakit hati juga saya apabila dia tunjukkan gambar-gambar tempat menarik yang dia lawati. Saya ha...