Labour Day Holiday at Ipoh & Lost World of Tambun
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada cuti Hari Pekerja yang bersambung dengan cuti Hari Wesak baru-baru ini, saya telah menyertai percutian hari keluarga mertua. Kami hanya sampai ke Ipoh selepas hampir 6 jam bertolak dari Kajang. Tak ada yang pelik bagi saya kerana keadaan jalan jem teruk ni selalu berlaku apabila saya ingin pulang ke Kedah pada hari-hari public holiday.
Kat tempat suami dibesarkan..kem polis di Pusat Latihan Polis Gerakan Am, Ulu Kinta |
Kami check in di Hotel Kinta riverfront dan amat berpuashati dengan size bilik yang sangat spacious siap ada bilik air see thru lagi..hehehe..harga bilik pun agak affordable RM218 untuk bilik sebesar itu. Cuma yang tak best kena pakai kad access bilik untuk ke level sendiri dan tak boleh access ke level-level lain. Agak leceh kena turun bawah minta staf hotel tekan access ke level lain sebab parents in law, keluarga adik ipar dan kakak ipar duduk di level 10. Cuma kami berdua tercampak ke level 7. Dari segi facilities seperti gym, kolam renang, dan sebagainya memang sangat memuaskan hati. Pemandangan di sekitar hotel amat cantik seperti berada di ICity terutamanya pada waktu malam. Ada aktiviti berbasikal dan sebagainya di area riverfront berkenaan.
Maafkan gambar yang tak berapa sharp..lupa bawa kamera katanya...pakai kamera hp jer.. |
See thru bathroom |
Pemandangan dari bilik hotel kami |
First time saya menikmati bandar Ipoh dalam ertikata yang sebenar. Sebelum ini banyak datang untuk tujuan kerja sahaja. Sempat juga menelusuri tempat-tempat kenangan suami membesar di sekitar Ipoh dan kem polis tempat tinggalnya lebih 15 tahun sebelum bapa mertua pencen dan pulang menetap di Batu Pahat. Kami juga sempat ke Nasi ganja atau nasi Vanggey yang terkenal itu sebanyak dua kali. Sedap makanannya sampai sekarang masih teringat-ingat..
Nasi vanggey atau nasi ganja..mana tak ganjanya kalau esok boleh repeat lagi pergi makan..hehe.. |
Lost World of Tambun memang best kerana saya sukakan kolam hot springnya yang banyak dan pelbagai jenis level kepanasannya. Mandi di waktu malam lebih enak ditemani cahaya lampu yang cantik dan pertunjukan api di pentas terbuka. Tapi tak digalakkan untuk datang pada cuti umum begini kerana beratur untuk ambik tiket walaupun dah beli online sangat panjang. Beli tiket secara online lebih murah daripada beratur kat kaunter. Nak makan pun kena beratur panjang begitu juga di bilik persalinan. Pendek kata memang dah serik nak datang pada cuti umum. Saya suka suasana tempat ini berbeza dengan Legoland..maybe sebab dikelilingi bukit-bukau agaknya..rasa nyaman saja walaupun pada hari kami pergi sekejap panas sekejap hujan.
Pemandangan yang menenangkan dan menyamankan.. |
Mak mertuaku berposing..hehe.. |
Antara pool hotspring yang ada di sini..Ada banyak lagi yang lebih panas..sedap berendam |
Our niece yang bertuah..main sekali jer terus dapat toys besar..hehe.. |
Ulasan
Catat Ulasan