Short Gateway at Colmar Tropicale, Berjaya French Theme Resort

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..rasanya dah lama juga tak update blog. Biasalah bekerja di public hospital manalah pernah tak busy. Hari yang kurang busy di hospital cumalah pada hari raya puasa pertama jer sebab semua minta balik rumah nak sambut raya tapi hari kedua dan ketiga penuh balik hospital sebab ramai yang tak jaga makan bila raya...darah naik baliklah, kencing manis tak terkawallah..macam-macam..hehe..


 
Budak berdaulat..tak mau pijak tanah walaupun pakai selipar..takut kaki kotor..aisshhh!!



Suka main arnab..comel-comel arnab kat situ
 

Berbalik kepada cerita tadi..saya dan suami buat keputusan untuk ke Colmar Tropicale dan tidur semalam di sana serta membawa bersama kedua ibu bapa dan anak buah apabila kilang suami saya bekerja membuat announcement di saat-saat akhir bahawa normal shift dapat cuti sempena pertabalan Sultan Johor pada 23 Mac 2015 . Disebabkan kalut menempah di saat-saat akhir saya tersalah book bilik..sepatutnya ambil family room tetapi terambil superior room sebanyak 2 bilik..nampaknya terpaksalah duduk berasingan daripada mak ngan bapa serta Izz Hadif. Bila mohon dengan pihak hotel tak dapat tukar padahal check in hari Ahad bukannya ramai orang pun tetapi kata pekerja hotel tersebut banyak bilik family room rosak dan tak dapat digunakan. Sayangnya hotel secantik itu tidak diselenggara dengan baik dan dibiarkan rosak. Saya dah pernah dua kali ke sini sebelum ini tetapi tak pernah tidur di sini.




Pemandangan dari bilik/ beranda hotel


Hotel ini adalah hotel 4 bintang dengan harga bilik boleh tahan mahal tetapi servis yang diterima amatlah lembab. Kami hanya dapat check in pukul 3.30 pm disebabkan bilik lambat ready. Bukit Tinggi dah tak macam dulu dengan cuaca panas dan tidak sejuk macam masa mula-mula tempat ini dibuka. Harga makanan memang mahallah dan restoren kurang memberangsangkan servisnya. Cuma untuk breakfast pilihan makanan di hotel memang menarik dan sedap. Nasib baik breakfast termasuk dalam harga hotel. So, boleh makan puas-puas. Harga makanan kat sini pun boleh tahan juga mahal.





Breakfast time..
At Japanese Tea Garden



 

















Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris