Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

BRUSSELS, BELGIUM

Imej
Kami sampai di Brussels pada pukul 6.00 pagi setelah bertolak dari London Coach Station pada pukul 10.00 malam. Kami turun di Stesyen Gare Du Nord dan seterusnya naik ke tingkat atas untuk menyimpan beg di loker yang menggunakan wang syiling Euro. Loker pun ada macam-macam saiz dan kami mengambil loker yang paling besar untuk menyimpan beg-beg kami yang banyak itu. Toilet di stesyen tersebut cuma ada satu dan penjaga toilet tu garang macam singa. Dia tak bagi orang masuk untuk basuh muka atau berus gigi kecuali buang air. Saya selamat kerana masuk ke toilet dengan membawa bag pack kecil. Sempat la saya cuci muka dengan berus gigi serta salin baju dan tukar tudung. Lepas tu saya dengar bunyi bising-bising suara mak cik berkulit black tu memarahi beberapa lelaki kat dalam toilet lelaki. Saya tak faham apa dia cakap kerana dia bercakap menggunakan Bahasa Belgium tapi saya agak dia tak bagi berlama-lama dalam bilik air. Husband saya pun kena marah sebab bawa baju macam tu jer nak masuk to...

DAY 6 & DAY 7 IN LONDON

Imej
Bilalah agaknya saya akan habis bercerita berkaitan trip saya dan suami ke Eropah ni... update blog pun lama-lama sekali. Maklumlah busy. Bulan Januari dan Februari sahaja 3 majlis keberangkatan Permaisuri Johor (dua rasmi dan satu tidak rasmi) ke Hospital saya kena uruskan termasuk satu lagi ke Kompleks Onkologi Yayasan Tunku Laksamana Johor dimana saya membantu Hospital Permai (menggunakan fasiliti di sana buat sementara waktu tetapi pesakit kanser dari HSIJB). Lately ni pula kesihatan saya sangat tidak mengizinkan. Hampir 3 minggu mengalami daily pain...Allah is testing me.. (masih sakit sampai entry ini ditulis). Alhamdulillah persoalan mengenai sakit yang saya hadapi yang telah mempunyai simptom sejak remaja ini akhirnya terjawab. Bukan penyakit life-threatening tapi sakit yang akan mengganggu kehidupan saya dalam tempoh yang lama. Nanti saya akan bercerita mengenai penyakit saya pada entry yang lain kerana saya ingin membuat awareness campaign kepada kaum wanita yang mungkin ...