Assalamualaikum semua pembaca.. Di dalam entry ini dan selepas ini saya akan bercerita mengenai percutian saya ke 4 negara Eropah iaitu Peranchis, England (road trip), Belgium dan juga Holland (Belanda). Kami berdua suami isteri ke sana dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines pada 11 September 2015. Flight ini mengambil masa 12 jam 20 minit sebelum mendarat di Charlles De Guille Airport, Paris pada pukul 6.30 waktu Paris. Kami pulang ke Malaysia pada 25 September 2015 pada jam 11.45 pagi dari Schipol International Airport, Amsterdam. Kami ke sana di saat kejatuhan matawang ringgit yang sangat teruk. Disebabkan semua telah ditempah maka perjalanan tetap diteruskan. Kami telah membuat pelan yang sangat teratur untuk perjalanan kali ini. Insurans perlindungan diri diambil oleh kami berdua suami isteri. Bezanya insurans saya dibayar oleh kerajaan kerana sebagai penjawat awam saya layak menikmati kemudahan ini sekali setahun. Prosedur kastam dan Imigresen di airport Paris amat...
Ulasan
Catat Ulasan