Sabah Birthday Trip 2016 Day 1 dan Review Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu

Kami ke Sabah pada 12.10.2016 sehingga 16.10.2016 bagi menyambut hari lahir saya pada 10 Oktober. Kami terpaksa melewatkan tarikh ke Sabah kerana saya perlu berkursus pada tarikh ulangtahun kelahiran saya..uhh..sangat pathetic! Ini kali ke tujuh saya ke Kota Kinabalu tapi semuanya atas tuntutan kerja. Cuma kali ini saya betul-betul pergi kerana bercuti dan dapat menjejakkan kaki ke Kundasang dan Ranau juga. Suami saya memang tak pernah sampai ke Sabah dan kali ini impiannya untuk menjejakkan kaki ke Sabah berjaya dan melengkapkan semua negeri dalam Malaysia kecuali Labuan (kelakarlah pulak sampai ke Europe dulu sebelum sampai ke Sabah...hehehe) Kami cuma tidur satu hari di Hotel Tabung Haji pada hari pertama ketibaan kami di Kota Kinabalu sebelum bertolak ke Kundasang pada hari berikutnya. Memandangkan kami tiba awal di KK iaitu sekitar 9.45 pagi (flight direct dari JB) maka kami memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu dahulu sebelum Check in hotel. Kami ke Signal Hill bagi menikmati keindahan Kota Kinabalu dari atas Bukit dan juga ke Tanjung Aru bagi menikmati keindahan pantai. Kami menyewa kereta Myvi selama tiga hari dan harga sewaan yang kami dapat ialah RM100 untuk sehari..agak murah dan berbaloi. Tauke kereta yang kami sewa pun sangat sempoi dan tak menetapkan arahan macam-macam. Minyak pun dia tak kisah kami guna sebab masih ada separuh tapi sebab kami jenis yang sedar diri maka kami isi minyak jumlah yang sama bila hantar balik. No contact kereta sewa: Idris 016-7730274.

 

Kereta sewa kami


Pantai Tanjung Aru


Pantai Tanjung Aru


Pemandangan dari Signall Hill



Suami nak ambik gambar cara baru...nampak belakang jer..hehehe..


Kami check in hotel pada pukul 1 lebih dan staf di hotel tersebut sangatlah mesra alam...macam-macam dia bagitahu kami especially kat mana nak makan seafood best. Hotel Tabung Haji ni masih baru dan cantik. Harga bilik termasuk tax cuma RM148 dan bilik yang kami dapat sangat cantik walaupun bilik superior sahaja. Cuma sejadah perlu request untuk di hantar ke bilik. Katil single bed sangat besar dan selesa. Taraf katilnya macam lebih kurang Hotel Le Meredien, KK. Saya pernah menginap sebanyak 3 kali di Le Meredien KK, sekali di Sutera Harbour, sekali di Hyatt dan sekali lagi hotel 3 bintang yang saya dah lupa namanya. Cuma bilik air ada kebocoran sikit dan tiada tisu di dalam bilik air. Itu kekurangan yang saya rasa perlu diperbaiki. Almari yang disediakan juga amat besar dan ada kelengkapan iron di dalam bilik. TV juga besar dan channel yang disediakan juga agak memuaskan hati. Breakfast di hotel ini juga agak banyak pilihan dan sedap.Pendek kata kami sangat puas hati dengan apa yang kami bayar. TQ Hotel Tabung Haji. 
















Petang itu kami keluar ke Oceanus Shopping Mall dan membeli baju di Sports Direct dan Hard Rock Cafe. Sebenarnya nak cari tali pinggang jer sebab saya lupa bawa last-last baju pulak yang saya shopping kat Sport Direct tu. Hubby belanja saya sehelai Tshirt Hard Rock Cafe selain memberikan saya sebuah telefon bimbit baru dan sebotol perfume jenama Chloe (beli kat airport sebelum balik ke JB) sebagai hadiah birthday. Selepas itu kami meronda-ronda ke sekitar Bandar KK dan pergi melawat Menara Tun Mustapha yang unik itu. Malam itu kami makan di Welcome Seafood Restaurant. Staff Tabung Haji pesan yang kedai lantai dan kerusi cat warna hijau orang Islam boleh makan manakala yang merah tidak halal. Makanan kat sini sangat sedap walaupun agak pricey. Kira sangat puas hati walaupun kena bayar RM150 kerana seafoodnya sangat fresh dan masakannya sangat sedap dan cepat sampai order kami. Malam itu kami tidur dengan perut yang sangat kenyang. 

 









Menara Tun Mustapha


Welcome Seafood..memang puas hati.




Besar giler udang ni..seekor RM18


Ikan kerapu bintang...makanan paling sedap malam tu!

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris