Catatan

Europe Trip - England (Road Trip Day 3) - Chester & Manchester

Imej
Assalamualaikum semua pembaca.. Lama-lama sekali baru dapat update blog...en. hubby asyik tanya bila nak update blog...memang la nak update tapi mak aihhh punya la busy lately..tahap nak lunch pun tak sempat apatah lagi nak update blog. Kat rumah pun tak sempat...hujung minggu buat kerja rumah macam maid dari pagi sampai ke petang..time tu la nak mop lantai, nak basuh lantai luar rumah, nak cantas pokok, berkebun, lipat kain bertimbun dan panjang lagi list..tinggal hari Sabtu jer quality time ngan hubby..nak gi melantak kat luar, tengok wayang atau habiskan duit kat shopping complex :-). Ok, panjang pulak melalut ni...nak sambung cerita road trip ke UK hari tu...hari ketiga road trip kami bertolak dari Cheltenham Travelodge seawal pukul 8.30 pagi tapi terpaksa melencong mencari stesyen minyak dulu nak refuel tangki minyak sebab harga minyak kat highway dan kawasan kampung agak mahal berbanding tengah bandar. Selepas isi minyak kami meneruskan perjalanan ke Chester untuk bers...

Europe Tour - England (Road Trip Day 2) - Bibury, The Costwolds, Gloucester, Cheltenham

Imej
Road trip hari kedua kami di England diteruskan dengan mengunjungi the Swan Hotel, Bibury Trout Farm dan Arlington Row di dalam daerah Bibury dan seterusnya mengunjungi Bourton-on-water dan Model Village yang terletak di dalam daerah Costwolds dan akhir sekali kami ke Gloucester Quay yang terletak dalam daerah Gloucester.  Depan the Swan Hotel Berdepan dengan Bibury Trout Farm Perjalanan dari The Stonehouse Travelodge ke the Swan Hotel sejauh 31.7 batu (miles)  mengambil masa kira-kira 40 minit. Pemandangan di the Swan Hotel sangat cantik. Hotel lama itu sangat unik dan sangat menggambarkan senibina English tradisional. Berdepan dengan hotel ini terletak Bibury Trout Farm yang sangat cantik dan dijaga rapi. Parking di area ini adalah percuma dan kalau rajin boleh berjalan ke kampung di situ untuk tengok suasana perkampungan Inggeris. Untuk masuk ke Bibury Trout Farm bayaran dikenakan sebanyak 3.95 pound seorang. Kami juga membeli makanan ikan untuk diberi ...