Sabah Birthday Trip 2016 Day 1 dan Review Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu
Kami ke Sabah pada 12.10.2016 sehingga 16.10.2016 bagi menyambut hari lahir saya pada 10 Oktober. Kami terpaksa melewatkan tarikh ke Sabah kerana saya perlu berkursus pada tarikh ulangtahun kelahiran saya..uhh..sangat pathetic! Ini kali ke tujuh saya ke Kota Kinabalu tapi semuanya atas tuntutan kerja. Cuma kali ini saya betul-betul pergi kerana bercuti dan dapat menjejakkan kaki ke Kundasang dan Ranau juga. Suami saya memang tak pernah sampai ke Sabah dan kali ini impiannya untuk menjejakkan kaki ke Sabah berjaya dan melengkapkan semua negeri dalam Malaysia kecuali Labuan (kelakarlah pulak sampai ke Europe dulu sebelum sampai ke Sabah...hehehe) Kami cuma tidur satu hari di Hotel Tabung Haji pada hari pertama ketibaan kami di Kota Kinabalu sebelum bertolak ke Kundasang pada hari berikutnya. Memandangkan kami tiba awal di KK iaitu sekitar 9.45 pagi (flight direct dari JB) maka kami memutuskan untuk berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu dahulu sebelum Check in hotel. Kami ke Signal Hil...