Sabah Birthday Trip 2016 Day 2 - Rumah Terbalik Tuaran, Kundasang dan Mount Kinabalu Pine Resort

Perjalanan hari kedua kami diteruskan ke Tuaran dan seterusnya Kundasang. Dari Kota Kinabalu kami bertolak ke Tuaran kerana mahu melawat rumah terbalik dan Museum 3D. Jarak di antara Kota Kinabalu dan Rumah Terbalik ini ialah lebih kurang 37KM. Harga tiket combo untuk masuk ke dalam Rumah Terbalik dan Museum 3D berharga RM31.80 seorang/ dewasa dengan menunjukkan IC. Kami excited juga nak masuk muzium 3D ni sebab belum pernah masuk walaupun dah ada di pelbagai tempat kat Malaysia ni. Time kami masuk ni memang tak ada orang lain yang masuk bersama-sama..saya terpaksa ambil kayu papan yang ada notis untuk kami letakkan kamera untuk ambik gambar kami berdua..boleh pulak lupa nak bawa tripod bersama. Tapi kat dalam rumah terbalik tak boleh ambil gambar, hanya dibenarkan ambil di kawasan luar sahaja.

 

 

Ramai yang suka aksiku ini bila letak dalam FB..hehe..macam betul2 terpenjara bersama kawan2 kat belakang tu :-P


Aksi gedik suami isteri



Teringat pengalaman berkayak di Outward Bound School sampai 8 jam..penat ooiii!! Jem tangan malam tu..nak tido pun tak boleh..











Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu National Park. Perjalanan lebih kurang sejam lebih ini tidak terasa lama disebabkan kami dihidangkan dengan pemandangan indah Gunung Kinabalu yang dapat dilihat dari pelbagai arah yang terletak di banjaran Crocker itu. Walaupun jalan agak bengkang-bengkok dan mendaki tapi pemandangan indah di sepanjang jalan membuatkan perjalanan kami terasa singkat. Jarang-jarang kami dapat enjoy pemandangan secantik itu di negara sendiri. Kadang-kadang kami terlupa yang kami berada di Malaysia dek kerana pemandangan secantik itu selalu kami nikmati di luar negara. Terasa sangat bersyukur kerana  Malaysia masih ada tempat pelancongan secantik itu. Entrance fee di Kinabalu National Park berharga RM3 seorang dan harga untuk memasuki Botanical Park pula ialah RM4.00 seorang. Terasa nyaman berada di sini dengan cuaca yang agak sejuk dan keindahan flora dan juga bunyi air terjun yang menenangkan perasaan. Kami lunch di kedai makan di area sebelum pintu masuk Botanical Garden. Nasinya banyak betul...jenuh jugak nak menghabiskan.

 

Pemandangan semasa perjalanan ke Kundasang

Kinabalu National Park












Antara tumbuhan yang ada di dalam Botanical Garden ini.



Gediknya!! Kaki sapa tak tau ni?!




Selepas itu kami bertolak ke Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang. Apabila tiba di Pekan Kundasang kami berhenti untuk ambil gambar di tepi jalan kerana view Gunung Kinabalu yang sangat cantik dari Pekan tersebut. Ramai juga orang lain yang berhenti di situ untuk bergambar. Ramai penjual membuka gerai jualan di sekitar kawasan tersebut dan yang paling menarik hati kami ialah gerai menjual durian...petang nanti mesti datang balik untuk beli durian, itu azam kami masa tu. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Desa Cattle Dairy Farm dan cuaca yang sangat baik membuatkan gambar-gambar yang kami ambil sangat cantik. Entrance fee ialah RM4.00 seorang dan kami turut membeli susu segar coklat, yogourt dan ice cream di situ hasil tenusu ladang tersebut. Lembu-lembu bertompok hitam putih itu membuatkan kami terasa seperti di New Zealand. 


 

Cantiknya pemndangan Gunung Kinabalu dari Pekan Kundasang ni!



Pemandangan dari Pekan Kundasang


Bergambar sebelum masuk ke dalam Desa Cattle Dairy Farm



Kat dalam Desa Cattle Dairy Farm






Selesai mengambil gambar-gambar cantik di sekitar Farm tersebut kami meneruskan perjalanan ke Mount Kinabalu Pine Resort untuk check in untuk satu malam. Kami menempah melalui Agoda dan membayar sejumlah RM200 untuk menginap di situ. Pemandangan Gunung Kinabalu dari Resort ini amat awesome sekali. Resort ini menyediakan tempat parking kereta di bawah bilik masing-masing. Kelengkapan bilik adalah lengkap cuma tidak disediakan aircond dan mini fridge. Tapi suasana yang nyaman tidak memerlukan kemudahan-kemudahan tersebut. Yang penting duduk di balkoni di luar bilik bagi menyaksikan panorama Gunung Kinabalu yang indah di depan mata. Cuma breakfast yang disediakan adalah basic dan tidak banyak pilihan tapi oklah buat mengalas perut. Wifi juga agak perlahan sekadar boleh berwhatsapp..nak upload gambar kat FB memang tak dapatlah..slow linenya..tapi Alhamdulilllah line Digi sangat baik liputannya dari Kota Kinabalu sampailah ke Kundasang. Kekurangan bandar Kundasang cuma kekurangan restoren yang best untuk kami melantak tapi chicken wings di sini sangat sedap rasanya. 

 

 

Bilik kami



Nasib baik tak ada orang check in bilik sebelah..so balkoni tu semua kami yang punya..hehe..

 




Melepak di balkoni sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu


Malam itu kami menghabiskan masa di luar balkoni sambil menikmati durian tikar dan buah mata kucing yang kami beli di Pekan Kundasang. Cuma berharga RM18 sebiji (ikut kg) tapi buahnya terasa sangat enak dan lemak persis durian Segamat...I like!!





Menikmati durian tikar yang sedap


Pemandangan indah dari Mount Kinabalu Pine Resort





 

Ulasan

  1. Subhanallah..semua gambar cantik. Clear sungguh gunung kinabalu tu..mmg rezeki korg brdua sgt baik. Semoga dpt melancong ke Sabah lg..amin..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris