Catatan

Family Gathering at Tasik Beris, Kedah

Imej
  Assalamualaikum semua pembaca sekalian..   Kali ini saya nak bercerita tentang percutian saya pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu bersama keluarga di Tasik Beris yang terletak di dalam Daerah Sik, Kedah. Percutian keluarga kali ini dimeriahkan oleh kesemua adik-beradik mak yang masih hidup. Mak saya mempunyai 8 orang adik-beradik namun yang masih hidup cuma seramai empat orang termasuk mak saya. Adik-beradik saya yang menyertai percutian ini cumalah saya dan abang serta keluarganya. Kakak saya serta adik dan keluarga mereka tidak dapat menyertai kerana ada komitmen lain. Manakala mak cik saya membawa kesemua anak-anaknya yang berjumlah empat orang dan begitu juga dengan paksu saya yang membawa bersama isteri dan anak-anaknya. Cuma pakcik saya saja yang hanya membawa isteri dan seorang sahaja dari empat orang anaknya ke percutian itu. Banyak lagi sepupu-sepupu saya yang tidak dapat menyertai percutian ini mungkin kerana perancangan yang dibuat secara 'last minute'...

Europe Trip 2015 bakal direalisasikan

Assalamualaikum semua.. Hari ni merupakan hari yang menggembirakan para penjawat awam. Kenapa? Sebab hari ni bonus masuk..hehehe...walaupun setengah bulan Alhamdulillah la juga daripada tak ada langsung. Time time macam ni juga Malaysia Airlines buat promo giler2, siap hantar ke email semua penjawat awam tu..negeri lain tak tahu tapi kalau kat Johor memang iya.. Mula-mula dok jeling-jeling, last2 terpikat la pulak..mana tak terpikatnya sebab harga tiketnya murah sangat cuma RM2434 untuk tiket turun di Paris dan balik dari Amsterdam...dah la direct flight, memang sangat menjimatkan masa. Pandai pulak MAS buat promo time2 bonus kakitangan kerajaan masuk ni..macam tau2 jer..hehehe.. Last2 terbelilah tiket ke Paris dan balik dari Amsterdam pada 11 September hingga 25 September nanti..beraya haji kat Amsterdam lah kami nampaknya tahun ni..orang berkelana kat Mekah buat haji aku dan lakiku berkelana kat Europe..tapi oklah tu berjalan jauh ni bagus untuk meningkatkan kesedaran diri beta...

Precious Moments with Family Part two: Tanjung Piai

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Kali ini saya nak bercerita mengenai lawatan saya bersama suami dan family abang saya ke Tanjung Piai yang merupakan penghujung benua Asia. Saya pernah dua kali ke Tanjung Piai sebelum ini bersama suami..bukan buat apa pun tapi setakat lepak-lepak menghayati keindahan hutan paya bakau dan juga ambil angin laut yang sepoi-sepoi bahasa bertiup dari selat Melaka. Abang saya teringin nak pergi ke Tanjung Piai, so masa hari terakhir dia kat JB sebelum pulang keesokan harinya saya pun membawa mereka semua ke sana. Perjalanan dari rumah saya ke Tanjung Piai mengambil masa hampir dua jam juga dengan jarak lebih kurang hampir 170KM pergi dan balik. Tiket berharga RM5 seorang (dewasa) dan harga tiket kanak-kanak saya tak ingat pula..hehe..tiket terakhir dijual pada pukul 6 petang.. Sepanjang laluan paya bakau itu, kami menyaksikan pelbagai jenis fauna yang kami tak kenal sebelum ini. Kakak ip...

Precious Moments with Family in Johor Bahru Part One : Legoland, Puteri Harbour & Nasi Goreng Daun Pisang

Imej
Pada cuti sekolah kali ini, abang saya dari Kedah bersama kakak ipar dan anak-anak buah saya seramai tiga orang tu datang bercuti di Johor Bahru. Memang rasa happy sangat sebab dah lama tak jumpa mereka dimana kali terakhir saya jumpa ketika hari raya puasa yang lepas. Lagipun kali terakhir mereka datang ke rumah saya ialah pada tahun 2009..uhh..lamanya! Pada hari pertama mereka sampai saya membawa mereka ke Puteri Harbour, Nusajaya..malangnya banyak kedai dah tutup dan hampir tutup apabila kami sampai sekitar hampir pukul 7 malam..yang penting sempat pergi ke Kedai DC Comics..saya sempat grab 2 helai T-shirt Batman kat situ..see..makcik diaorg yang lebih-lebih.   Puteri Harbour Kat dalam kedai Superhero DC Comics kat Puteri Harbour, Nusajaya Grab T-shirt sale untukku dan hubby Selepas itu, kami ke Restoren Singgah Selalu untuk makan dan juga mengambil peluang bergambar di hadapan Istana Bukit Serene yang ada replika mahkota besar. Cantik juga replika tu...