My life as a busy wife
Saya ingat nak sambung cerita mengenai trip ke Jepun tapi macam tak ada mood pulak sekarang ni. Balik office kerja bertimbun menanti. Saya dah boring kerja di bidang pengurusan ni..dah empat tahun saya buat admin, i really need job rotation. Bila naik pangkat ni, bukannya hidup makin senang tapi makin susah..nak cuti pun susah. Asal plan nak cuti jer terpaksa cancel sebab ada kerja yang lebih penting di office..responsibility also become more heavier. Tak apalah, nak buat macam mana dah kerja, kenalah jugak harung dan buat bersungguh-sungguh. Suami saya yang tersayang dah beberapa hari tak sihat selepas pulang dari Jepun. Kesian dia tak ada wife di sisi untuk jaga. Tak apa, esok saya akan balik ke JB untuk jenguk dia dan juga rumah yang dah tiga minggu ditinggalkan..mesti dah berhabuk, cik abg saya tu bukan rajin sgt mengemas..hehe..Saya harap dia cepat2 dapat tawaran bekerja di KL dan dapat duduk serumah balik macam dulu. Rumah yang kami beli di Hillpark Kajang akan siap hujung tahun ...