New Zealand, bumi Kiwi..Heaven On Earth Part 1



New Zealand is a beautiful country..no doubt about it! Terasa macam berada di syurga dunia..
Saya dan hubby ke sana pada bulan Mei 2011. Kami turun di Christchurch
tapi kami hanya tidur satu malam di sana kerana ketika itu
Christchurch baru dilanda gempa bumi. Bandar ditutup maka kamibercadang untuk sewa kereta dan drive sepanjang south island menghala ke Quenstown. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam untuk reach Quenstown.

Kami singgah di Lake Tekapo namun sayangnya tak dapat tengok Mount Cook yang cantik dengan glacier kerana kabus sangat tebal kerana hujan dan juga cuaca sejuk di antara 0-7 darjah celcius. Kami pergi musim autumn. Bulan 6 dah winter kat NZ. Musimnya tak sama dengan Europe. Bila autumn siang adalah singkat. Pukul 5 petang dah gelap, pukul 6 petang dah gelap gelita.
Dalam perjalanan kami singgah di Salmon World,
Christchurch, melalui bandar seperti Fearlie, Twizel dan melalui Lake Tekapo yang sangat cantik. Sepanjang perjalanan saya tak mampu melelapkan mata dek kerana pemandangan yang sangat cantik sepanjang perjalanan. Terasa rugi kalau tidur. Sepanjang jalan 6 jam tu kami hanya berselisih dengan kereta sesekali sahaja. Jalan sgt tak busy.





Suami di Lake Tekapo

Berhenti sepanjang jalan untuk ambik gambar


Salmon world, Christchurch

Church kat Lake Tekapo

Kami sampai Quenstown hampir pukul 9 malam. Sepanjang perjalanan gelap gelita. Susah nak jumpa rumah orang. Hanya ada ladang dan rumah sangat-sangatlah jarang ditemui. Population kambing di NZ adalah sebanyak 35 juta manakala penduduk hanyalah 4 juta orang. Population di Quenstown cuma 10 ribu orang penduduk. NZ sgt bersih, lampu jalan hanya dipasang dipersimpangan jalan dan area kedai dan stesen minyak sahaja. Mereka sgt mementingkan slogan save the earth nampaknya :-)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris