Kembara di bumi Saigon part 1


Saya bersama suami dan kedua ibu bapa ke Saigon atau nama barunya Ho Chi Minh Pada 8 sehingga 11 Oktober 2011. Ho Chi Minh ialah Bandar ke dua yang popular di Vietnam selepas Hanoi..in fact saya merasakan Ho Chi Minh lagi popular kerana tinggalan sejarahnya serta tempat yang tepat untuk shopping sakan.





Our hotel room kat sana..Oklah..

Kami sampai sana dah malam. Ambil taxi ke Hotel Tan Hai Long 3. Sebutan org sana agak lain daripada kita. So, nak memudahkan saya tunjuk alamat hotel yang ada di itenarary. Bila sampai hotel, pemandu taxi ni minta tips daripada kami dan siap tetapkan harga. Of course lah, kami refuse to pay because we already paid at the airport for the service. Nasib baik pekerja hotel datang tolong kami to settle the dispute..dia cakap tak payah bayar buat bodoh jer. So, kami pun blah lah. Sistem hotel kat sini pelik sikit. Ada ker pihak hotel nak pegang passport kami..of course lah saya macam hesitate sangat nak bagi sebab rasa pelik padahal kami dah settlekan bayaran online before datang. Org hotel tu cakap itu tradition di sana. Katanya tak de polis akan tangkap kalau tak bawa passport. Tapi setiap kali nak keluar kami akan minta passport untuk di bawa bersama dan pulangkan bila dah sampai hotel.

Hotel yang kami duduk tu ada sampai Tan Hai Long 5, dan berada di lokasi berbeza. So, mula-mula tu macam confuse jugak lah. Ho Chi Minh memang sesak. populationnya hampir 28 juta. Motorsikal di mana-mana. Gerun jugaklah dengan traffic di sana. Org sana memang gemar bunyikan hon. Traffic light pun susah nak faham. Complicated! Pemandu taxi memang gemar menipu. Ada ker minta USD5 hanya untuk ke hotel yang jarak tak sampai 5KM. Memang cekik darah. Daripada 10 maybe 2 jer driver taxi yang jujur.




Traffic kat sana...sesuka hati jer tapi tak de pulak accident..

Hari pertama kami ke Chu Chi tunnel..tempat sejarah kawasan perang tentera Vietkong dan US pada
era 60an dulu. Tapi nasib tak baik hari hujan..jalan jugaklah dalam hujan2 tu. Kami beli pakej ni kat hotel. USD12 seorang. Kawasan Chu Chi tunnel ni jauh sikit dari bandar..about sejam setengah juga baru sampai ke sana. Along the way kami singgah kat tempat pembuatan hasil kraf yang dibuat daripada kulit telur. Cantik sgt tapi tak beli pun rasa macam susah nak bawa balik sbb takut rosak. Masih teringat lagi beli mug kat NZ tapi pecah bila sampai Malaysia. Pekerja-pekerja kat sini terdiri daripada mangsa-mangsa perang dan anak-
anak pasca perang yang cacat dan dilahirkan cacat akibat perang.

Oh ya! Kebanyakan penjual dan kedai kat sini terima duit RM yer..kalau tak cukup duit dong bolehlah pakai duit kita jer..





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris