Kembara di Bumi Saigon Part 3

Hari ke tiga kami meneruskan agenda city tour. Mula-mula kami ke War Remnant Museum. Bila baca sejarah kat sini saya merasakan ada sesuatu yang tak kena. Saya rasa ada sejarah
yang tidak diceritakan atau diceritakan sebaliknya. US kelihatan kejam

apabila sejarah daripada kaca mata Vietnam didedahkan. Entahlah..saya tak pasti pihak mana yang benar dan pihak mana yang betul. Tapi apa yang pasti peperangan tidak menguntungkan sesiapa. Melihat penderitaan rakyat Vietnam sampai sekarang saya rasa sgt bersyukur menjadi rakyat Malaysia.








Seterusnya kami singgah di satu kedai untuk minum. Saya dan hubby memesan kopi ais untuk
diminum. Rasanya sangat enak, malah lebih enak daripada kopi Starbucks, Coffee Bean atau yang seangkatan dengannya. Setelah hampir habis minum, datanglah salesgirl nak jual kopi tersebut..rupanya kopi tahi musang..patutlah sedap..
Tetiba tekak saya kembang saya terus rasa nak uwekkk!!!
Terus saya stop minum..hehe.
Bapak saya pulak asyik bersembang dengan seorang uncle dari Singapore yg sgt fasih berbahasa Melayu..Chinese Muslim

.


Seterusnya kami ke temple tapi saya cuma berada sekejap saja
di situ. Pening bau colok yang teramat kuat lalu saya ajak mak ngan bapa untuk naik ke atas bas. Hubby saya masih busy ambil gambar. Dia memang suka ambik gambar. Kekadang beribu keping sampai saya pening nak pilih yang mana satu untuk dihantar ke kedai untuk di print.


Then, kami lunch kat restauran Pakistan. Berianinya punya la banyak sampai tak larat nak habis. Selepas itu, kami menuju ke Bin Thay market..harga barang kat sini agak murah jugak. Selepas itu kami menuju ke satu tempat bernama Bao Thanc..tak sure sgt lupa dah..kat sini juga ada tempat membuat kraf daripada kulit telur. Selepas itu kami menuju ke reunification
palace..istana presiden yang kini dijadikan

muzium. Akhir sekali kami menuju ke Cathaderal..church tinggalan penjajahan Peranchis.

Last sekali, kami berjalan kaki menuju ke Hard Rock Cafe. Tak sangka terjumpa Bobbi Chin, pengacara World Cafe Asia kat saluran 707. Apa lagi ambik gambar ler...interesting fact is he is a Muslim mix Chinese Beijing and Egypt from his mum side.


After that, kami balik ke hotel..mandi manda rest sekejap and
keluar balik for spa at 8 pm. Kelakarnya tengok my dad kena pakai seluar pendek
yang sependek-pendeknya untuk foot massage.
Me and hubby buat the whole body massage but serius tak
best macam kat Phuket. Tak rasa sgt massage nyer.

Lepas hantar mum and dad balik ke hotel, me and hubby menuju ke Restoren mewah turki for fine dining sempena menyambut birthday I pada 10 Oktober tu..hubby belanja..urkk..kenyang seh! Then balik bilik terus gedebushhh atas katil..penat campur kenyang..jadi ular sawa lah apa lagi..hehe..esok tgh hari
balik Malaysia...hooray!

Shopping kat Ho Chi Minh memang best but I don't think I will come back here except for shopping. Pemandu taxi yang suka menipu tu amat menjelikkan hati. Sama jugak macam kat Bandung. Tapi experience kat Bandung
lagi worst kot..mentality rakyat negara kurang maju ni memang menyakitkan hati..really annoying sometimes.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

EUROPE TRIP 2018 - ZURICH, SWITZERLAND

Perhentian Kecil, Pulau Perhentian

PEMANDANGAN DARI GUNUNG JERAI YANG AWESOME!!

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Europe Trip 2015 - Paris