Catatan

Inspirasi Hiasan Ala Abang dan Kakak Iparku

Imej
Masa balik Kedah hari tu sempat jua bertandang ke rumah satu-satunya abang kandungku. Selain ditunaikan hasratku oleh kakak iparku dengan memasak nasi Arab untuk kami, sempat ambil gambar pokok-pokok bunganya yang segar bugar..yang paling kagum tu tempat buang sampah pun dia boleh hias cantik-cantik. Mak aihh!! Rajinnya mereka suami isteri ni! Abangku memang rajin pun..pembersih tahap melampau! Rajin kemas rumah dan cantikkan rumah. Mungkin ada kena mengena dengan kerjayanya sebagai pemilik firm arkitek. Dia cakap nak beli tanah tengah sawah dan nak buat banglo rekabentuk tradisional dengan menggunakan kayu. Entah bila dia nak buat saya pun tak pasti..apa susah ambik jer lah tanah sawah bapa buat jer rumah kat situ..hehe... Masuk dalam rumah mak aihh!! Hiasan makin Inggeris daripada dulu. Kemas tersusun. Cantik tapi aku tak minat English interior..aku lebih berminat dengan hiasan moden yang tak sarat. Anyway, that's their choice and the interior look nice to me. Tapi oklah tak...

Family Time in Kedah

Imej
Dah lama sangat rasanya tak balik ke Jitra, Kedah my hometown. Last sekali balik raya tahun lepas itu pun balik 2 hari sahaja kerana kelam-kabut nak ke Melbourne pulak lepas tu. Nasib baik my parents selalu turun KL ke rumah adik..so, kami berjumpa di sana. Hampir tiap-tiap bulan atau dua bulan sekali jumpa kat sana. Dalam empat orang adik-beradik hanya abang saja yang tinggal di Kedah. Rasa rindu pula kat anak-anak buah kat Kedah. Anak-anak abang saya ada tiga orang semuanya lelaki..yang sulung nak ambil SPM tahun ni, harap-harap dapat straight A's macam PMR dan UPSR sebelum ni. Balik Kedah kali ni adik saya dan anak-anaknya juga ikut bersama. Almaklumlah cikgu tengah cuti sekolah. Apa lagi sepanjang perjalanan si Izz Hadif duduk dengan saya jer kat depan. Langsung tak nak duduk belakang dengan ummi dan adiknya Izz Hanif. Penat betul jaga budak Izz ni..dengki betul dengan mamanya..asal saya nak tidur dia ajak main..kalau saya lelapkan mata ditekan-tekannya dagu saya..hehe..na...

Floaters di dalam mata

Assalamualaikum semua.. Baru-baru ini saya dikejutkan dengan kehadiran bintik-bintik hitam di dalam mata yang dipanggil "floaters" atau dalam Bahasa Melayu ialah apungan. Mula-mula saya ingatkan bintik-bintik ini normal kerana muncul di saat saya mengalami migrain pulak tu. Normally bintik-bintik ini akan hilang apabila migrain saya hilang tapi nampaknya tidak kali ini apabila ia kekal berada di dalam pandangan mata saya selama sudah lebih 3 minggu. Keadaan ini membuatkan saya susah hati dan mula terfikir yang bukan-bukan sementelah saya baru lega daripada migrain. Saya ingatkan bintik-bintik hitam itu membawa tanda penyakit yang serius sedang menyerang saya..siap nangis2 dalam pelukan hubby sebab paranoid yang melampau...hehe (inilah akibatnya apabila bekerja di hospital dan sering tengok macam-macam jenis sakit)    Saya tak tahu pulak berkaitan floaters ini sehinggalah saya berjumpa pakar mata. Macam-macam test mata saya buat dan akhirnya saya dapat tahu floaters i...

Planning for Europe Spring Trip 2015

Imej
Assalamualaikum semua pembaca (errr..ada ker? ada kot..hehe)..dah lama juga tak update blog ni..lately agak busy dan mengalami migrain berpanjangan. Dah check tekanan darah Alhamdulillah tak ada darah tinggi. Sekarang tengah berurut di unit TCM di hospital saya bekerja. Alhamdulillah ok sikit selepas berurut..rasanya banyak sangat urat tegang. Kalau tak baik juga lepas ni maybe nak try akuapuntur atau bekam pulak...dan kalau tak baik juga saya nak buat full blood test pulak. Untung juga kerja di hospital ni..banyak kemudahan..hehehe.. Minggu ni juga ada produksi RTM datang ke Hospital untuk shooting drama 12 Episod berinspirasikan daripada kehidupan Dr Bubles yang selalu datang ke hospital untuk membantu dan menghiburkan kanak-kanak pesakit kanser untuk tayangan bulan Ramadan ini. Sempatlah juga saya bergambar dengan Memey Suhaiza yang memegang watak utama dalam cerita tersebut. Karl Syafiq juga akan datang tak lama lagi untuk shooting scene yang melibatkannya. Kat bawah ni ada ga...

Majlis bersama permaisuri yang jelita dan bijaksana

Imej
Sepanjang minggu lepas saya sangat sibuk dengan beberapa majlis rasmi yang perlu diuruskan. Bekerja di hospital berpakar yang besar dan merupakan pusat rawatan kanser wilayah Selatan menyebabkan hospital ini menjadi tumpuan untuk dilawati. Alhamdulillah DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah beserta anakandanya iaitu Tengku Temenggong Johor Y.A.M Tunku Idris dan Y.A.M. Tunku Tun Aminah berkenan berangkat ke hospital ini sempena Hari Sambutan Bulan Sabit Merah Sedunia 2014. Ini bukan lawatan kali pertama Tuanku ke hospital ini. Untuk tahun ini saja ini merupakan lawatan kali ke tiga tapi merupakan lawatan rasmi pertama. Tahun lepas DYMM Tuanku telah berkenan merasmikan Pediatric Palliative Care Service yang merupakan yang pertama diwujudkan di hospital kerajaan. Wad ini telah dihias dengan cantik sekali mengikut citarasa kanak-kanak dan nurse-nurse yang bertugas kat sini juga akan memakai aksesori seperti bunny, mini mouse dan sebagainya untuk menghiburkan kanak-kanak...

Wanita dan kerjaya..bos di pejabat tapi suri di rumah

Imej
Saya terbaca petikan berita terbaru yang menyatakan bahawa 62% bos di kalangan penjawat awam adalah wanita. Well, sedikit pun saya tak terkejut dengan kenyataan ini. Kenapa saya kata begini adalah kerana 70% classmate saya semasa di universiti adalah perempuan. Apabila saya memasuki perkhidmatan awam juga saya telah berkhidmat dengan 4 orang bos wanita. Sakit jua hati saya bila di dalam satu forum ini asyik mencaci bos wanita dengan mengatakan bos wanita emosi, andartu gila yang asyik membambu staf bawahan, perempuan tak sepatutnya bekerja apatah lagi menjadi bos, bos perempuan cerewet, tak ada hati perut dan pelbagai lagi tohmahan yang dilemperkan kepada para bos wanita ini. Saya amat tak gemar dengan pendapat yang overgeneralised macam tu. Bukan semua bos perempuan itu macam yang dikatakan di atas. Pengalaman saya dengan kesemua bos wanita saya ialah mereka semua berkahwin, tak semuanya beremosi tak tentu hala walaupun adakalanya ada sedikit sebanyak tapi masih terkawal lagi, cerewat...

My wishlist..

Imej
Sebenarnya banyak sangat wishlist saya yang sangat-sangat diharapkan untuk menjadi kenyataan suatu hari nanti. Di antaranya ialah dapat melancong ke tempat-tempat idaman saya iaitu Bora-Bora, Maldives, Holland, Spain, Italy, South Africa, Morocco dan Turki. Saya positif saya akan melancong ke tempat-tempat itu suatu hari nanti, in fact sepatutnya dah bole tour ke Europe tahun ini tapi memandangkan duit telah banyak dihabiskan untuk renovate rumah dan membeli perabot untuk rumah baru maka impian itu dianjakkan kepada tahun-tahun mendatang. Tetapi ada di antara wishlist saya itu dirasakan amat mustahil untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. Kalau saya kaya macam Dato Siti Nurhaliza mungkin saya tak teragak-agak nak melaksanakan impian saya seperti di bawah ini... Menangis tengok harga handbag kat atas sekali tu. Walaupun harga second hand tapi hampir RM14K tu...berdarah hidung nak membayarnya..huhu!! Bilalah nak dapat pakai ni? Tunggu dapat jadi JUSA dululah kot baru ...